Skip to main content

BN Tidak Risau Hadapi Pilihan Raya Berasingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri, Mohd. Najib Tun Abdul Razak menyatakan sesuatu kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sewaktu Muhyiddin memotong pulut kuning sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 64 sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, 27 Mei. - UTUSAN
Barisan Nasional tidak risau untuk menghadapi pilihan raya berasingan jika negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan secara serentak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  
 
Beliau berkata, ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.  

"Kita tak boleh tentukan apa dia akan buat, kita cuma boleh tentukan apa yang kita boleh buat.  "Jadi saya tak risau apa dia akan buat sebab saya tak boleh kawal apa dia akan buat, saya akan bagi pandangan yang berat pada apa saya boleh buat," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti itu di sini.  

Najib berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau tidak.  "Raja ada kuasa untuk menolak permohonan tapi tiada kuasa untuk membubar. Itu kedudukan dari segi perlembagaan," katanya.  

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak akan membubarkan DUN sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen tahun ini.  -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...