Skip to main content

ADUN PKR Desak Polis Dedah Pelaku Video Seks

Sebelum ini, desakan supaya polis mendedahkan pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang hanya dibuat kumpulan penyokong kerajaan.

Namun hari ini, gesaan sama buat pertama kalinya disuarakan secara terbuka oleh pemimpin pembangkang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau memberitahu, pendedahan identiti sebenar pelaku dalam video tersebut boleh mengelakkan spekulasi negatif rakyat dan mahu pihak polis bertindak pantas dalam menyelesaikan kes tersebut.

''Mereka (polis) kata video itu asli, okey kita terima, tetapi pelakunya asli atau tidak? Pelakunya patut didedahkan kerana ia dapat mengelakkan spekulasi.

''Jika benar mereka sudah mempunyai bukti, kenapa cakap saja, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sepatutnya tidak boleh buat begitu," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung penyebaran cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman seks itu kepada beberapa ketua kampung di kawasan DUN Seri Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Shuhaimi dalam laporannya itu, menggesa polis menyiasat bagaimana video seks tersebut boleh disebarkan sedangkan salinan asalnya berada di dalam simpanan pihak berkuasa.

Beliau mendakwa, sejak beberapa hari lalu, lapan ketua kampung di kawasannya membuat aduan telah menerima salinan VCD berkenaan yang dihantar melalui kiriman pos dipercayai dari Melaka.

''Polis perlu menyiasat dan mendakwa dalang yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

''Persoalannya, bagaimana video yang dianggap mengandungi kandungan lucah itu boleh disebarkan tanpa sebarang sekatan atau tindakan pihak berkuasa," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayub mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis tersebut. - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...