Skip to main content

Sumpah: Sekejap Boleh Sekejap Tak Boleh?

 
Banyak yang kita dengar pasal isu sumpah ini, ada kata tiada dalam Islam, ada kata terhad pada suami isteri bergaduh, ada yang tunggu kebenaran daripada ulamak-ulamak terkenal (sekadar menyebut nama) dan sebagainya.

Ketua Pembangkang yang wajahnya terakam dalam adegan seks melampau bersama seorang pelacur china baru-baru ini, mati-matian tidak mahu bersumpah kerana katanya tiada dalam Islam.

Tapi video yang ini menunjukkan bahawa disatu ketika dia mau pulak bersumpah, cuma sumpah itu disebut dalam ceramah, bukan seperti mana lafaz yang sepatutnya, sekadar menyebeut berani bersumpah saja.

Anyway, itu bukan isunya, isunya ialah kenapa yang dulu mahu bersumpah, sekarang ini macam-macam alasan diberi untuk tidak bersumpah?  Yang mana satu betul sebenarnya, bersumpah boleh ke tak boleh, ada dalam Islam ke takde dalam Islam?

Sekarang ini isu perut sudah senyap, kalau tidak, itulah yang digendang kesana ke mari bagi membuktikan tidak bersalah.  Sebaliknya sekarang yang dijadikan isu ialah sumpah pulak, konon tiada dalam agama Islam.
Wartawan yang tanya pun dipertikaikan status agamanya.

Semakin lama nampaknya Anwar semakin tertekan, bila tertekan semua langkahnya jadi salah dan kelam kabut.  Tindakan puak AMK menyerbu sebuah masjid dimana Datuk Eskay dan rakan Trionya ingin membuat sumpah laknat sekadar menambah kecelaruan itu.

Ingat ya, ini semasa Anwar belum berkuasa, cuba bayangkan bila dia sudah berkuasa kelak, yang akan dikerah bukan puak bodoh AMK, sebaliknya pihak berkuasa lainnya seperti polis.  Sekadar peringatan, Anwar dipenjarakan 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan polis untuk menukar pengakuan Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar berhubung kes liwatnya.

Balik pada cerita sumpah tadi, sebenarnya macam mana Anwar?  Boleh ka tak boleh?

Tak berapa dulu bukan main lagi cakap soal sumpah, maksudnya adalah dalam agama tu.  Sekarang tetiba dah tukar pulak?  Toksah main wayanglah Anwar, lagi banyak kau main wayang, lagi banyak masalah kau datang.

Benarlah kata ramai orang, sumpah tak salah, agama tak salah tapi Anwar yang salah.  Ini kah jenis pemimpin yang nak diletakkan harapan rakyat Malaysia dibahunya? 

Cakap berputar-putar macam orang mabuk!!!

Sumber : MyKMU

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...