Skip to main content

Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila menyatakan ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai angka 11, yang juga nombor kegemaran beliau.

Pada masa sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak pula menafikan atau mengiakan mengenai ramalan bahawa PRU13 berkemungkinan berlangsung pada 11 November ini (11.11.11) disebabkan banyak angka 11 begitu signifikan dengan dirinya.

Sebaliknya, Najib dalam nada bersahaja berkata, penentuan tarikh pilihan raya berdasarkan angka kegemaran, merupakan amalan yang sering digunakan dalam arena politik tanah air sebelum ini.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tidak semestinya pada bulan 11 (November) atau boleh jadi pada 11 hari bulan. Mengenai teka-teki bila pilihan raya, saya rasa elok diteruskan teka-teki ini. Soal bertuah atau tidak angka 11, saya tidak tahu, kita tengoklah dulu.

"Soal tarikh itu (11 November 2011) memang ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya akan berlangsung atau tidak, wallahualam," katanya selepas ke udara secara langsung bersama Krew Pagi Radio Hot FM di Sri Pentas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tarikh bukan persoalan utama tetapi apa yang penting, jentera BN kena buat kerja untuk meyakinkan rakyat bagi memastikan dasar, program, kepimpinan serta cara parti itu mendekati hati rakyat diterima oleh pengundi.

Ditanya sama ada BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh diungkapkan kerana selagi semboyan belum dibunyikan, selagi itu jentera parti perlu bekerja keras bagi menawan hati rakyat.

Terdahulu, ketika ditemu bual oleh penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Farah Fauzana; Faizal Ismail dan Kieran, Najib berkata, kesukaannya pada nombor 11 menyebabkan ramai yang meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 11 November ini.

Katanya, pada tarikh 11 Mac 1922, ayahandanya Tun Razak Hussein lahir; 11 Jun 1933 pula tarikh lahir bondanya, Tun Rahah Noah; tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 hari bulan; UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946; menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...