Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, June 26, 2012

Pelawak Veteran Aziz Satar Stabil, Osman Kritikal

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Keadaan artis veteran Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lepas, dilaporkan stabil.

Aziz, 87, yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan, masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi yang berada di hospital berkenaan Selasa bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz, berkata keadaan artis veteran itu disahkan anaknya.

Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan pada Sabtu lalu.

Aziz adalah antara pelakon dan pelawak yang popular dan pernah membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi.

Sementara itu, pelakon dan pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, pula dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...