Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, June 26, 2012

Malaysia Diiktiraf Negara Paling Selamat

JOHOR BAHRU, 26 Jun - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.



"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini, Selasa.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...