Skip to main content

SPR Mahu Tambah Bilangan NGO Sarawak Jadi Pemantau Pilihan Raya

KUCHING, 26 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melantik beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak sebagai pemerhati pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini empat NGO telah dikenal pasti untuk berbuat demikian di zon Kuching iaitu Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Orang Ulu, Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Sarawak dan Persatuan Belia Sarawak.

"SPR akan berjumpa dengan beberapa buah NGO di kawasan Sibu dan kawasan Miri untuk mengenal pasti dan melantik merekalah kalau mereka bersetuju," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat untuk Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya, di sini hari ini.

Katanya pertubuhan yang terpilih itu adalah mereka yang terbukti tidak berpolitik serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Di Sabah sebanyak tiga pertubuhan telah ditawar menjadi pemantau pilihan raya umum iaitu Majlis Belia Sabah, Persatuan Sejarah Sabah dan Persatuan Hak Asasi Manusia (PROHAM) cawangan Sabah, katanya.

Selain itu katanya, SPR turut melantik lima NGO di Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggungjawab tersebut iaitu Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Merdeka Centre, Asian Strategy and Leadership Institute (Asli), Transparency International Malaysia (TI-M) dan PROHAM.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Wan Ahmad berkata sebanyak 64 pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya telah ditubuh di Sarawak setakat ini dan jumlah itu akan ditambah berdasarkan permintaan pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen.

Setiap pasukan terdiri daripada seorang pegawai SPR, seorang pegawai polis berpangkat sekurang-kurangnya inspektor, seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang wakil untuk setiap seorang calon pilihan raya.

Katanya pasukan itu diamanah untuk memastikan peraturan pilihan raya dipatuhi oleh parti-parti politik yang bertanding.

Sumber : BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...