Skip to main content

Anwar Berniat Jahat - Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai motif utama untuk meluahkan pandangan peribadi yang menyakitkan hati dan berniat jahat dalam satu persidangan akhbarnya berkaitan dengan video seks yang memaparkan individu yang mirip kepada pemimpin pembangkang itu.

Menurut Hishammudin kata-kata itu yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan internet, tidak dipaparkan dengan niat baik, dan motif utama Anwar ialah keinginannya untuk memperlekeh reputasi beliau sebagai Menteri Dalam Negeri, Naib Presiden Umno, dan juga sebagai ahli politik.

Dalam jawapannya kepada kenyataan pembelaan Anwar yang difail pada 1 Jun Hishammuddin berkata Anwar mengambil sikap tidak acuh terhadap kata-kata palsu yang diucapnya.

Beliau berhujah bahawa nada bahasa yang digunakan Anwar, diucapkan dalam keadaan marah, tidak berhati-hati dan tidak menghiraukan sama ada kata-kata yang dikeluarkannya itu betul atau salah.

Hishammuddin menjawab bahawa kata-kata itu tidak berasas dan semata-mata tekaan, dan langsung tidak tepat, oleh itu beliau mahukan supaya kenyataan pembelaan yang difail oleh Anwar pada 16 Mei diketepikan.

Dalam jawapan balasnya kepada dakwaan balas Anwar, Hishammuddin berkata kata-kata yang dituturkan oleh beliau (Hishammuddin) berkaitan dengan video seks itu dibuat atas sebab menjalankan tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri buat orang ramai, yang mempunyai kepentingan yang sah untuk menerimanya.

Beliau juga menafikan sebarang salah guna kedudukannya atau pejabatnya atau mana-mana tindakan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawabnya, dan beliau meminta mahkamah mengenepikan dakwaan balas itu.

Pada 26 April lepas Hishammuddin menfail satu saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya dalam satu temuramah dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di sini.

Hishammuddin, 50, berkata, kata-kata itu difahamkan bermaksud beliau bertanggunajawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Hotel pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga difahamkan bermaksud beliau mengatur penayangan video itu, di samping merancang bersama dengan Perdana Menteri serta kepimpinan tinggi polis untuk melaksanakannya.

Anwar dalam pembelaannya berhujah bahawa kata-kata yang dikeluarkan itu disiarkan dalam memenuhi syarat hak istimewa yang membenarkan, dan diterbitkan dalam perlindungan yang munasabah terhadap kepentingan sah beliau sendiri sebagai pemimpin pembangkang kepada orang ramai, yang juga memiliki hak kepentingan yang sama dalam menerima maklumat itu.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau (Anwar) adalah individu dalam video itu sepertimana ditegaskan oleh 'Trio' yang dikatakan terbabit dalam penayangan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 Julai bagi pengurusan kes untuk membolehkan Anwar memberi jawapan kepada kenyataan balas Hishammuddin.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham yang mewakili Hishammuddin, serta Datuk S Ambiga dan J Leela yang mewakili Anwar, apabila kes itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini. - BERNAMA

Comments

  1. anwar mmg setan...dajjal perosak bumi malaysia!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T