Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, June 27, 2011

ISA Boleh Diguna Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai

HULU SELANGOR 26 Jun — Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.



"Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah(JI)... sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti dieksploitasi pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...