Skip to main content

Pas Tolak UMNO, Setia Pada Pakatan

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno ke arah perpaduan Melayu tetapi akan terus bersama sekutunya dalam pakatan pembangkang, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata parti itu akan tetap bersama-sama sekutunya DAP-PKR dalam pakatan pembangkang mengikut agenda yang telah ditetapkan dan mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah turun ke bawah dan melihat keseluruhan negeri dan saya dapati kerjasama yang baik antara kawan-kawan (dalam) Pakatan Rakyat dan kita terus dengan Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57, di Taman Melewar di sini Jumaat.

Katanya walaupun mempunyai pelbagai perbezaan seperti ideologi dan agama, namun kerjasama dengan DAP boleh dilaksanakan kerana berkongsi pendekatan yang sama dalam beberapa perkara kepentingan rakyat seperti mengatasi masalah kemiskinan.

Katanya parti itu tidak akan bergabung atau berpakat dengan Umno, tetapi tidak menolak mengadakan perbincangan yang menjurus kepada kepentingan rakyat termasuk mengenai sistem pilihan raya sedia ada yang menurutnya perlu diperbaharui supaya lebih demokratik.

"Kita boleh kerjasama dengan Umno contohnya dalam isu Palestin menentang Israel, menentang keganasan Yahudi di Gaza. Bahkan kita kerjasama dalam isu menghantar kapal bantuan Mavi Marmara, isu anti nuklear, isu ekonomi negara.... itu kita bekerjasama," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS belum bersedia meninggalkan aspirasi utamanya untuk menubuhkan negara Islam, sejajar dengan konsep 'Membangun Negara Berkebajikan' yang menjadi tema dalam ucapan dasarnya semasa muktamar parti itu kali ini.

Katanya konsep negara kebajikan ada dalam agama Islam dan bukan Islam dan akan mendahulukan konsep tersebut atas persamaan itu.

"Kita mulakan dengan pelaksanaan. Negara berkebajikan dalam Islam ada dalam al-Quran pun ada. Dalam al-Quran tidak sebut Islamic State ia sebut negara berkebajikan," katanya.

Mengulas mengenai isu penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa dibayar sejumlah wang oleh exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa untuk bertanding dalam pemilihan parti, Hadi menegaskan PAS menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya parti itu tidak ada kuasa perundangan untuk menyiasat dan mengikut amalan pentadbiran, SPRM yang hendak menyiasat kes itu mesti mendapat kebenaran daripada Menteri Besar.

"Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat mesti terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah kalau terlibat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS pun kita pernah pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...