Yang DiPertua 1Agenda Sdr Zul Azhar Cha menunjukkan salinan Lapuran Polis yang dibuat. Photo: Ehsan KLpos.com |
Agenda Media Social 1Malaysia (1AGENDA) memandang serius budaya hasutan menggunakan media baru yang berleluasa sekarang ini. Oleh kerana itu, 1AGENDA telah membuat satu Lapuran Polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sebentar tadi (2.30 petang)
Sebagai Pertubuhan Berdaftar di Malaysia sebuah negara berdaulat dan berperlembagaan, 1AGENDA akur tunduk hormat kepada undang-undang serta garis panduan yang telah digariskan. 1AGENDA memang mengiktiraf serta mengangkat martabat dan kehebatan media baru merentasi dunia tanpa sempadan ini.
Barisan EXCO 1Agenda menjawab soalan dari Media. Photo: Ehsan KLpos.com |
Walaupun kita tidak dihalang untuk menulis atau meluahkan apa juga di media social ini, perlu diingat bahawa kita masih terikat dengan batasan Agama, Undang-undang negara serta sikap toleransi menghormati antara kaum, tidaklah boleh dicabuli.
Saya merujuk kepada perancangan besar Gerakan NGO yang dinamakan BERSIH untuk mengadakan demonstrasi pada 9 Julai 2011. Penggunaan media baru terutama twitter, facebook dan blog-blog untuk promosi BERSIH amat membimbangkan.
Antaranya :
1. 1AGENDA mendapat maklumat bahawa ramai Wakil Media Luar/Asing telah diundang untuk memberi publisiti dan ‘coverage negatif’ yang meluas kepada negara luar. Tindakan ini pastinya ada membawa maksud yang tidak baik kerana ianya akan membawa padah kepada ekonomi rakyat Malaysia.
2. Penggunaan media social seperti twitter, fb dan blog, lebih berbentuk hasutan dan tindakan mengajak rakyat untuk ‘dengan sengaja’ mencabar undang-undang serta Arahan Polis adalah tindakan tidak bertanggungjawab Penganjur BERSIH.
3. Seorang EXCO ‘terkenal’ Negeri Selangor, terang-terangan melalui laman twitternya, menyamakan BERSIH dengan Kebangkitan Rakyat Mesir. Sedangkan hakikat sebenar penyebab kebangkitan Rakyat Mesir adalah kerana mereka (rakyat Mesir) menolak politik Dinasti selepas Mantan Presiden Hosni Mubarak melantik Anaknya menganggotai Kabinet.
4. TERBARU: Senarai 65 NGO yang kononnya menyokong BERSIH diragui. Ada tweet dari @powerofmalaysia memaklumkan semua nama-nama NGO tersebut. Saya menerima panggilan dari beberapa rakan NGO lain menafikan penglibatan mereka. Sidang Media penafian akan dibuat dalam waktu terdekat.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, 1AGENDA menyeru agar rakyat menolak propaganda jahat pihak tertentu untuk melemahkan negara kita. Tindakan BERSIH bukanlah berteraskan perjuangan membela rakyat tetapi sebaliknya akan lebih membawa banyak kemudharatan kepada rakyat dengan kesan negative secara langsung pada hari berkenaan.
Telah terbukti sebelum ini, para Peniaga, Pengusaha Teksi mahupun sesiapa yang ingin berurusan di dalam Bandaraya Kuala Lumpur, akan terkesan dengan tindakan tidak bertanggungjawab BERSIH.
1AGENDA menyeru agar Agensi berkaitan seperti SKMM dan Polis/KDN bertindak tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini termasuk mendakwa mereka mengikut AKTA HASUTAN demi Malaysia yang lebih Harmonis.
Sehubungan dengan itu, 1AGENDA ingin menyeru kepada Rakyat Malaysia, janganlah kita terpedaya dengan niat tidak bersih BERSIH. Bangkitlah kita untuk menolak politik kebencian dan hasutan.
Sekian. Wassalam
Zul Azhar b Cha
Yang Dipertua
Sdr Zul Azhar ketika menerangkan asas penubuhan 1AGENDA. Di sebelah kirinya adalah Sdr Shukri Ahmad, Setiausaha Agung 1Agenda. Photo: Ehsan KLpos.com |
Comments
Post a Comment