Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, June 3, 2011

Pas Hebat: Kickdefella Akui Terima RM350,000 Daripada Husam

Kickdefella bersama Nik Aziz
Penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella hari ini mengakui ada menerima wang RM350,000 dari Datuk Husam Musa.


Namun jelasnya, wang berkenaan bukannya dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Pas kali ini.

Bagaimanapun beliau berkata, jumlah wang yang diterima itu berkemungkinan adalah wang pampasan selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan ditamatkan.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang itu di China daripada beliau (Husam) baru-baru ini juga adalah tidak tepat.

“Sejak 9 November 2009, beliau dan saya tidak pernah bertemu melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar (khidmat) pesanan ringkas,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...