Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, June 3, 2011

Kerana Nik Aziz, Nik Abduh Terpilih?

Anak Mursyidul Am PAS, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz terpilih bagi jawatan timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada pemlihan peringkat tertinggi sayap parti itu di sini Khamis.

Nik Abduh, yang sebelum ini memegang jawatan anggota jawatankuasa sayap parti itu mendapat 260 undi, menewaskan tiga yang lain iaitu penyandang Azman Shapawi (94 undi), Mohd Firdaus Jaafar (193 undi) dan ketua penerangan pemuda Suhaizan Kaiat (107 undi).

Pengumuman keputusan pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2011-2013 itu dibuat oleh wakil jawatankuasa pemilihan PAS Dr Sufian Husin.

"Mungkin sesetengah perwakilan mereka hendak tunjukkan hormat kepada ayahanda saya sebagai Mursyidul Am, mungkin (sebab itu) saya dapat undi itu," katanya selepas pengumuman berkenaan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Sebanyak 655 perwakilan mengundi hari ini bagi semua jawatan yang dipertandingkan dalam sayap tersebut.

Ketua Pemuda Nasruddin Hassan menang jawatan berkenaan tanpa bertanding bagi penggal kedua manakala Misbahul Munir Masduki juga menang tanpa bertanding jawatan pengerusi tetap

Bagi jawatan naib ketua Pemuda pula dimenangi oleh Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob dengan mendapat 421 undi mengalahkan Mohd Nasir Zakaria yang memperoleh 228 undi.

Seramai 12 anggota jawatankuasa pemuda PAS juga terpilih daripada 30 orang yang bertanding manakala enam lagi akan dilantik bagi mengisi jawatan yang sama.

Nasruddin ketika ditemui berkata anggota yang dilantik itu adalah daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang kepimpinan, pengajian dan pengalaman supaya dapat memperkayakan pemuda mendepani cabaran mendatang. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...