Skip to main content

Perhimpunan Haram Akan Cemarkan Imej Baik Malaysia

KUALA LUMPUR: Tulang belakang demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai, hanya cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan makmur, dengan harapan satu lagi titik hitam dalam sejarah negara, kata beberapa penganalisis politik.

Mereka mendakwa bahawa penganjur juga mempunyai agenda tersembunyi, untuk mengalihkan perhatian negara daripada kes liwat di mahkamah yang membabitkan seorang pemimpin politik pembangkang.


Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan 1Agenda, Zul Azhar Cha yang juga seorang penulis blog, berkata beliau ada maklumat mengenai demonstrasi jalanan haram itu yang menjemput media antarabangsa untuk membuat liputan mengenai demonstrasi tersebut.

"Kita terima maklumat bahawa media Australia menjemput dan pastinya mereka akanmemberikan liputan negatif mengenai Malaysia.

"Ini akan menjejaskan imej negara ini dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) kita," kata beliau selepas membuat laporan polis mengenai demonstrasi jalanan haram itu baru-baru ini.

Sebelum ini, penganjur yang sama, yang diketuai orang nombor dua dalam PAS yang baru dipilih, Mohamad Sabu membuat demonstrasi jalanan haram yang sama pada 2007, mendakwa bahawa mereka hanya berhasrat untuk satu proses pilihan raya yang sihat.

Tetapi ia diadakan semasa Tahun Melawat Malaysia, kempen besar-besaran dalam dan luar negara oleh kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia untuk meningkatkan ekonomi.

Beberapa tahun lepas, demonstrasi yang sama (Reformasi 98) dianjurkan ketika Malaysia sebuk untuk menjadi hos dua acara paling penting pada tahun itu, Sukan Komanwel (Sukom) 1998 dan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Menurut seorang pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, kemusnahan di jalan adalah teruk tetapi impak liputan yang berat sebelah yang dirancang oleh agensi berita antarabangsa, adalah lebih buruk.

Beliau berkata Malaysia digambarkan bukan lagi sebuah negara syurga membeli-belah bagi mereka yang suka membeli-belah dan pelancong dan sebaliknya keadaan huru-hara disebabkan suasana politik yang tidak stabil dengan imej dan maklumat yang disalurkan oleh kumpulan "reformasi".

Md Shukri berkata media asing disalurkan dengan maklumat mengenai perkembangan politik di Malaysia yang berat sebelah dan tidak betul, dimanipulasi oleh pembangkang untuk mencerminkan imej negara ysng buruk di peringkat antarabangsa.

"Ia sangat menyedihkan melihat helah negatif dan buruk yang digunakan oleh pembangkang, demonstrasi jalanan haram, menimbulkan kacau-bilau hanya untuk mencapai impian untuk menakluki Putrajaya bagi membentuk kerajaan akan datang," kata beliau kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun pensyarah itu percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia lebih bijak dan tidak membabi buta membiarkan dirinya dimasukkan ke dalam satu 'wayang kulit' oleh penganjur demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai, atau menutup matanya terhadap kes mahkamah akan datang.

"Apa itu beratus ribu dalam jumlah berbanding dengan jutaan rakyat Malaysia yang mengandungi majoriti senyap... mereka yang menikmati keamanan dan kestabilan, dan secara senyap-senyap menyokong kerajaan untuk masa depan generasi muda?" kata beliau.

Seorang peniaga Zabedah Daud, pemerhati politik dalaman berkata tidak ramai yang simpati dengan kumpulan ini yang merancang meletakkan Malaysia dalam keadaan huru-hara hanya kerana untuk kepentingan politik mereka ketika kerajaan menangani hampir semua isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...