KUALA LUMPUR 30 Julai - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai pakatan pembangkang perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah di Kampung Buah Pala. Beliau berkata, mereka telah menabur pelbagai janji kepada penduduk kaum India di kampung itu pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi gagal menunaikannya. ''Macam mana mereka (pakatan pembangkang) janji. Mereka kata akan membantu mendapatkan tanah itu kepada penduduk kampung tersebut jika menang dalam pilihan raya. ''Tetapi mereka telah mengabaikan penduduk kampung selepas menang dalam pilihan raya. Ini tidak wajar. Mereka harus mengambil tanggungjawab untuk selesaikan masalah penduduk di sana,'' katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di sini hari ini. Dalam pada itu, Samy Vellu berkata, jika kerajaan negeri sedia menukar tanah tersebut kepada penduduk kampung berkenaan, MIC...