KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.
Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.
"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.
"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.
Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.
Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.
Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.
"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya. - Sumber Utusan MalaysiaBerita Lain :
- Sah Nik Aziz seorang 'tok guru politik'
- Nik Aziz terdesak
- Jangan layan Nik Aziz
- Nik Aziz tidak ikhlas jalin kerjasama
- Harun Taib enggan ulas
Kesimpulan & Pengajaran :
Sah memang Nik Aziz bukan Ulama Islam sejati. Tidak ada Ulama yang akan berbahasa kasar dan memburukkan orang lain secara terbuka. Tindakan Nik Aziz memang bermotifkan politik bukan untuk Pas tetapi untuk individu tertentu di dalam dan di luar Pas.
Perkara ini bukan dilontarkan oleh UMNO sebaliknya ianya menjadi cakap-cakap di kalangan orang-orang Pas sendiri. Jelas mereka ini sekarang kurang senang dengan sikap Nik Aziz yang terlalu 'out-spoken' (lepas cakap).
Perbuatan Nik Aziz ini telah menjadikan Pas semakin kurang popular dan mulai dibenci oleh pengikut sendiri.
Sudahlah Pas sudah berpecah kepada beberapa kumpulan setelah Nik Aziz secara terbuka mengkritik dan memburukkan Ustaz Nasha, keceluparan terbaru Nik Aziz dengan berkata "pergi jahanamlah UMNO" benar-benar memalit lumpur kepada Pas.
Selain dari itu Pas juga terpaksa berdepan dengan cubaan Anwar untuk menguasai Pas. Walaupun Muktamar Pas telah selesai dan kumpulan Erdogan tidak berjaya 'menawan' Pas, Pas mesti pada setiap masa berwaspada kerana Anwar memang licik.
Nik Aziz begitu dekat dengan Husam dan tindakan Nik Aziz yang memalukan dan memalitkan lumpur kepada Pas adalah sebahagian dari helah kumpulan itu untuk segera 'menjatuhkan' Nik Aziz.
Jika Nik Aziz 'jatuh', siapa yang akan naik menggantikan beliau? Fikirkanlah.
ambo anok kelate. biar jah nik aziz ni dok ngepek sore. lamo2 ore tahu dio tu doh nyanyok. Dulu dio kato ko Mahathir, lo ni dio pulok yg keno. Allah Maha Adil, dio balah jugok biar pung lambat. lebih byk dio mgepek, lebih banyok 'aib yang bawa pado diri dio sediri...
ReplyDelete