Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, July 19, 2009

DOA JAYAKAN 1MALAYSIA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami
rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

YA ALLAH, ya Tuhan kami. Kami mohon petunjuk Mu Ya ALLAH yang Maha Mengetahui lagi Maha 'Adil.
Qurniakanlah kekuatan kepada Pemimpin Kami Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Barisan Menterinya.

Kami pohon restu Mu YA ALLAH untuk terus memberi kekuatan semangat dan jasad untuk meninggikan Syiar Mu dan Memuliakan Agama Mu di mata dunia YA ALLAH. Jauhkanlah kami dari perbuatan yang dibenci Mu mengkeji, menfitnah dan mencaci sesama Umat Mu YA ALLAH.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, Jauhkan juga kami dari mereka yang gemar bersengketa dan memecah-belahkan Umat Mu Ya ALLAH. Bersaksikan Mu Ya ALLAH, perpaduan tunjangan kami, keharmonian dan kebaikan ekonomi fokus kami Demi menjauhkan 1MALAYSIA dari kefakiran dan kekufuran Ya ALLAH.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

ROBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AQIROTI HASANATAU WAQINA 'AZABANNAR. SUBHA NARABBIKA ROBBIL IZZATI 'AMMA YUSIFU NAWASSALAMUN ALAI MURSALIN WALHAMDULILLAH HIRABBIL 'ALAMIN".

1 comment:

  1. We wish that Malaysia will continue to lead the moderate Islamic countries. Islam is beautiful. GOD IS GREAT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...