Skip to main content

Tak perlu lagi respons kepada Nik Aziz - TPM

KAMPALA 28 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak lagi perlu memberi respons kepada kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung parti itu dan UMNO kerana rekod pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang sering berubah-ubah.

Kata Timbalan Perdana Menteri, penafian Menteri Besar Kelantan itu mengenai kesediaan mengadakan hubungan bersama UMNO sehari selepas beliau menyatakan mahu 'menghulur tangan' dengan Kerajaan Pusat, bukanlah yang pertamanya seumpamanya.

''Ia macam satu putaran, dulu pun dia buat kenyataan begini tapi dia kata tak sebut begitu. Mungkin yang terbaik kepada kita sekarang ialah tak perlu buat apa-apa komen (kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz).

''Seolah-olah kita silap, walaupun kita hanya respons berdasarkan apa yang kita tahu mengenai kenyataan beliau. Kalau apa yang dilaporkan oleh media itu memang betul, respons kita sebelum ini tidak silap," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas penjelasan Nik Aziz semalam mengenai hasrat mahu menjalin hubungan dengan Kerajaan Pusat sambil menyatakan 'pergi jahanam' kepada UMNO.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort yang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Nik Aziz tidak boleh mengelak daripada perlu bekerjasama dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika Kerajaan Pas Kelantan benar-benar berhasrat mahu mengadakan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, ini kerana apa yang dihasratkan oleh Nik Aziz dan kerajaan negeri tersebut adalah untuk 'menghulur tangan' kepada Kerajaan Pusat, yang mana ia dikuasai oleh BN dan diketuai oleh kepimpinan UMNO. Tambah beliau, kerjasama antara kedua-dua pihak hanya boleh berlaku setelah wujud persefahaman politik antara BN atau UMNO selaku pemerintah Kerajaan Pusat dengan Pas yang mentadbir kerajaan negeri Kelantan.

''Tidak pernah berlaku pun kerjasama antara kerajaan sahaja tanpa persefahaman politik. Terserahlah kepada mereka... kita berniat baik, kita buat benda yang baik. Tujuan kita respons pun untuk kebaikan bukan bagi faedah parti, bukan juga untuk pemimpin tetapi untuk negara.

''Dia (Nik Aziz) tak boleh elak dengan UMNO kalau dia kata hendak kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri.
Menurut Muhyiddin, walaupun Nik Aziz menyebut soal kerjasama dalam aspek pembangunan dan kerajaan, beliau tidak boleh mengelak bekerjasama dengan UMNO dan BN kerana dasar Kerajaan Pusat ditetapkan BN dan UMNO dari segi pembangunan, sosial dan ekonomi.

''Jadi (jika mahu menjalin hubungan) agak sukar untuk membezakan hubungan antara kerajaan negeri Kelantan dan Pusat dengan hubungan antara Pas dan BN," katanya.

Sementara itu, mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa Kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada negeri itu dan menyifatkan ia sebagai melanggar Perlembagaan, Muhyiddin menjelaskan, perkara itu tidak berasas dan tidak sepatutnya berbangkit.

Menurutnya, nilai peruntukan bagi projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) jauh lebih besar berbanding belanjawan kerajaan negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan sebesar RM7 bilion kepada Kelantan untuk projek pembangunan dalam RMK-9 termasuk RM1.1 bilion untuk sektor pendidikan di samping RM600 juta untuk pembekalan air bersih kepada rakyat negeri itu.

''Tidak benar. Dakwaan itu tidak berbangkit. Apa yang menjadi hak (kerajaan Kelantan) di bawah undang-undang dan Perlembagaan, kita tak pernah abaikan, iaitu tanggungjawab kepada negeri, bukan saja Kelantan malah semua negeri dari segi peruntukan pembangunan terutama membina sekolah dan infrastruktur.

''Kalau kita tidak salurkan RM600 juta untuk pembekalan air bersih, orang Kelantan akan minum air kotor. Itu adalah bantuan Kerajaan Pusat dalam bentuk pinjaman mudah. Jadi soal kerajaan negeri tidak dibantu atau telah dianiaya tidak berbangkit," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui tujuan sebenar Nik Aziz membuat dakwaan itu memandangkan dari segi tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri telah pun dilaksanakan. - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T