Hari ini 18 Julai 2009 bertempat di Kompleks Muhibah Taman Nirwana Ampang, Kerajaan Negeri Selangor (Keadilan) mengadakan 'Malam Perpaduan'.
Jamuan makan malam ini berharga RM600.00/meja untuk 10 orang ertinya seorang RM60.00.
Tetamu Kehormat kononnya Anwar Ibrahim. Maka belilah penyokong fanatik akan meja yang RM600.00 itu dengan hasrat dapat jumpa Anwar.
Malangnya kesemua mereka hampa apabila Anwar tidak hadir sebaliknya beberapa orang YB Keadilan yang lain seperti Tian Chua, Azmin Ali dan Dr Mansor yang hadir.
Kehadiran pada malam ini sungguh mendukacitakan kerana meja banyak yang kosong serta tiada tepuk sorak seperti sebelum-sebelum ini.
Populariti Keadilan nampaknya semakin teruk seperti senyapnya suara keadilan semasa PRK Manek Urai. Rakyat sudak jemu dengan omongan kosong Anwar (janji dan janji dan janji).
Bagi penulis, majlis ini tidak sesuai dinamakan 'Malam Perpaduan' kerana salah seorang penceramah telah cuba menarik perhatian dengan menjadi isu kematian Beng Hock sebagai 'konspirasi' Barisan Nasional.
Teori apa yang dia pakai, kira-kira mana yang kira, penulis pun tak tahu. Yang pastinya rakyat sendiri boleh fikir, siapa yang sebenarnnya mahu Beng Hock mati?
Kerajaan BN atau Kerajaan Selangor? Ini kerana Beng Hock merupakan saksi kepada kes penyalahgunaan dana Kerajaan Selangor.
Siapa yang cuba menyembunyikan bukti dan melenyapkan saksi?
Janganlah kerana tidak punya isu dan fakta sendiri, demi untuk perburukkan keampuhan Perpaduan 1MALAYSIA, Pembangkang mula buat teori keji dan kotor. Hentikanlah pendekatan 'divide & rule' yang akan membawa kemusnahan kepada ekonomi Negara yang sedang gawat ini.
Selain itu, biarlah Polis dan Kabinet buat keputusan kepada siasatan kes kematian Beng Hock. Teori 'konspirasi' yang cuba dikaitkan tidak kena dan tidak masuk akal langsung.
Sudah masanya 1MALAYSIA terutama akhbar-akhbar ubah panggilan kepada pembangkang ini. Jangan gunakan lagi Pakatan Rakyat kerana nama ini bukanlah pakatan yang berdaftar secara sah. Ianya adalah nama 'haram' dan tidak boleh digunakan di dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia tidak pernah menerima Pembangkang sebagai Pakatan kepada rakyat. Cukup dan elok panggil mereka dengan Pakatan saja. Panggil Pakatan kecoh boleh, pakatan kalut pun boleh, pakatan serabut pun ok juga. Ikutlah yang mana sedap...Fikirkanlah.

Comments
Post a Comment