Skip to main content

Kesihatan 1MALAYSIA : H1N1: 11 kem PLKN ditutup

PULAU PINANG 30 Julai - Sebanyak 11 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara ditutup setakat ini berikutan terdapat tanda-tanda jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penutupan kem yang kesemuanya terletak di Semenanjung itu melibatkan kira-kira 4,500 pelatih dan 200 petugas.

Justeru, katanya, semua aktiviti PLKN yang tergendala akibat arahan penutupan itu akan disesuaikan semula mengikut modul yang telah dirancang selepas kem tersebut dibuka.

''Kita telah hantar pulang kesemua pelatih yang terlibat ke kampung masing-masing bagi tempoh sekurang-sekurangnya seminggu bagi mereka dikuarantin di rumah sambil mengikuti panduan dan nasihat daripada doktor.

''Jika ada lagi kem yang menghadapi tanda-tanda jangkitan H1N1 ini, kita akan melakukan tindakan yang sama," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi kali pertama ke Markas 2 Divisyen, Bukit Gedong di sini hari ini.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan semua pegawai dan warga markas berkenaan.

Ahmad Zahid juga meminta ibu bapa pelatih di kem PLKN yang lain supaya tidak panik dan khuatir dengan tahap kesihatan anak mereka kerana hanya 11 kem sahaja yang terlibat setakat ini daripada 87 kem yang ada di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. - Utusan Malaysia.

BERITA LAIN :

- 36 lagi kes baru dilaporkan
- Doktor gagal patuh arahan akan dipanggil
- Golongan risiko perlu waspada
- Selesema babi membimbangkan
- CEGAH H1N1
- Minister blasts doctors who continue to treat pandemic lightly
- Nursing college shuttered as flu spreads

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T