Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Teoh Beng Hock dan bakal isterinya. Teoh Beng Hock sepatutnya mendaftarkan pernikahannya hari ini namun maut menjemputnya lebih awal.
Beng Hock 30, mati setelah 'terjatuh' dari tingkat 14 Plaza Masalam Shah Alam selepas disoal siasat oleh SPRM.
Kehadiran Beng Hock adalah sebagai saksi bagi SPRM melengkapkan siasatan berhubung kes penyalahgunaan dana kerajaan negeri.
Persoalannya sekarang apakah yang menyebabkan Beng Hock 'terjatuh', terjun bunuh diri atau dibunuh?
Polis pasti sudah membukakan siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar. Namun sebagai pemerhati politik, penulis berpendapat, jika Beng Hock dibunuh, hanya orang yang takut rahsianya bocor yang akan melakukan kerja ini.
Diharapkan adalah CCTV untuk membantu Polis menyelesaikan kes ini secepatnya.
Dalam kes penyalahgunaan dana kerajaan negeri, ada Wakil rakyat dari Kerajaan Selangor yang terlibat dan Beng Hock merupakan salah seorang saksi untuk kes ini. Jika dilihat kepada keadaan mayat Beng Hock, seluarnya terkoyak dan kemungkinan ianya terkoyak sebelum terjatuh.
Maknanya berlaku pergelutan sehingga seluarnya koyak atau dia membuat pergerakan lain (memanjat tempat tinggi) yang menyebabkan seluarnya koyak juga tidak boleh dinafikan.
Siapakah yang bertanggungjawab sehingga Beng Hock menjadi mangsa? Mangsa kerana mahu melindungi seseorang atau tekanan yang memakan diri kerana dipaksa menyembunyikan kebenaran.

Comments
Post a Comment