Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, July 14, 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil Manek Urai : BN tetap hebat

- Bukti rakyat kembali yakin kepada BN - Najib
- Sesak di Manek Urai strategi Pas - Alwi
- Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai
- PAS wins Manek Urai
- Dua ahli Puteri UMNO pengsan dibaling batu
- Seorang lelaki ditahan sebabkan kecederaan 2 ahli Puteri
- Penyokong Pas tertekan
- Pas supporter arrested in stone-throwing incident

Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi. Majoriti 65 undi.

Rakyat telah kembali memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Petanda ini yang boleh dirumuskan hasil dari keputusan PRK N.41 Manek Urai yang baru diumumkan.

Penerimaan rakyat kepada Pimpinan Barisan Nasional yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Najib dan Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas dengan peningkatan jumlah undi kepada Barisan Nasional.

Jika pada PRU ke-12 yang lalu, Calon BN cuma mendapat 4394 undi, PRK Manek Urai kini melihatkan pertambahan ketara sebanyak 20.2% undi atau 989 undi. Manakala undi Pas pula telah merosot dari 5746 undi kepada 5348 undi.

Pertambahan ini adalah bukti kukuh penerimaan rakyat kepada Kepimpinan YAB Datuk Seri Najib. Dasar baru yang lebih mengutamakan rakyat diterima baik oleh segenap lapisan rakyat termasuk dari Manek Urai yang ditadbir oleh Pas Kelantan.

Kepada petugas Barisan Nasional yang bertungkus lumus bekerja kuat di Manek Urai diucapkan TAHNIAH kerana penat lelah anda membuahkan hasil yang cukup baik bagi dijadikan semangat untuk BN terus berkhidmat kepada rakyat.

Diharapkan pendekatan ini dapat diteruskan di tempat lain demi memastikan Barisan Nasional terus dihati 1MALAYSIA....HIDUP RAKYAT HIDUP BN!!!.

1 comment:

  1. tabik la ore manik urai.....ckit jo bezo tu...pah nyarih kaloh dohh...ty manik urai, cerdik2 belako doh, pas ingat blh bodo ore lg ko....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...