Skip to main content

Pas, PKR dan DAP tiada ideologi yang sama...

1. Itulah yang terjadi kepada krisis DAP dan Kerajaan Pakatan di Kedah. Ideologi yang tidak pernah sama adalah punca kepada krisis itu.

2. Kejadian ini hanyalah satu peristiwa yang wajar dijadikan iktibar oleh 1 MALAYSIA untuk tidak mudah memilih Pakatan Pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

3. Kerapuhan & kejatuhan Kerajaan Pakatan di Perak serta krisis di Kedah, adalah iktibar kukuh yang jangan diambil mudah di kala memilih pemimpin.

4. Apa yang akan terjadi kepada Kerajaan yang dibina itu jika tiada asas kesamaan perjuangan serta ideologi. Bagaimana ekonomi hendak digerakkan jika Kerajaan itu lemah serta sentiasa goyah?

5. Kesamaan yang jelas kepada pakatan ini hanyalah hasrat untuk memecah-belahkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Dengan terpecahnya kepercayaan rakyat maka dapatlah mereka memporak-porandakan 1 MALAYSIA demi mencapaikan niat memerintah Malaysia.

6. Kesumat untuk menjatuhkan Barisan Nasional merupakan agenda besar mereka dan tidak wujud langsung agenda untuk memajukan ekonomi serta rakyat.

7. Sesiapa yang memusuhi UMNO & Barisan Nasional adalah rakan mereka dan kerana itulah Zaid Ibrahim yang pernah dilabelkan 'kafir' ketika menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, bakal dijulang sekiranya Zaid menjadi Calon Parlimen mereka.

8. Apalah sangat prinsip Islam Pas jika niat besarnya hanya untuk merobek perpaduan dan keharmonian 1 MALAYSIA yang telah lama dicipta oleh Kerajaan Barisan Nasional.

9. Menggadaikan prinsip inilah yang menyebabkan Nik Aziz akan tetap berkeras untuk tidak bersama UMNO. Bersama sosialis seperti Syed Hussin dan 'kafir' seperti Zaid Ibrahim adalah kebanggaan Pas.

10. Prinsip dan ideologi apakah yang diperjuangkan Pakatan Pembangkang ini. Tidak lain melainkan hasrat untuk memenuhi cita-cita memerintah Malaysia untuk keseronokan dan pencapaian peribadi...Wallahualam.

Isytiqhorohlah.

Comments

  1. kalau dah memang pilihannya adalah mereka yang kecewa dengan UMNO. kafir & sosialis pun dia terima. Islam tu pada pakaian dan perbuatan saja. politik kita adjust ikut perkembangan.
    Salam 1MALAYSIA

    ReplyDelete
  2. Pas ingat DAP tu malaikat ka? peluklah kit siang dgn guan eng kuat-kuat taku nanti depa tu pulak yang terkeluar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T