Skip to main content

Anggota Parlimen Antara Tiga Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anggota Parlimen, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, adalah antara tiga orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin kerana rasuah dan menipu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Anggota Parlimen itu bersama pembantunya serta seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor bersama dua lagi, iaitu seorang pembantu khas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan seorang pengarah syarikat akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi esok bagi menghadapi pertuduhan rasuah dan menipu, menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini Isnin.

SPRM berkata Anggota Parlimen itu dan pembantunya ditahan oleh SPRM Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 iaitu mengemukakan invois-invois yang "mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi ADUN Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan."

Pembantunya pula ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN itu dalam membuat tuntutan bagi program yang sama, menurut kenyataan.

SPRM Selangor turut menangkap seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Kanun Keseksaan iaitu kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan dengan melibatkan nilai sebanyak RM50,000.

SPRM berkata pembantu khas Exco Selangor pula akan dituduh mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran matan palsu, yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan 2008 yang mana tidak dibekalkan.

Beliau juga akan dituduh atas dua kesalahan pecah jenayah amanah mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pengarah syarikat itu akan dituduh di atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 kerana mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T