Skip to main content

Bekas Mufti Perlis Minta Kemukakan Bukti Fitnah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi tempoh seminggu kepada Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) untuk mengemukakan bukti kepada umum mengenai dakwaan bahawa beliau telah mencerca ulamak besar antaranya Imam Nawawi, Imam Bukhari dan Imam Ghazali.

Asri berkata beliau mahu melihat sendiri tulisan dan perkataan yang pernah beliau keluarkan sebelum ini yang membawa maksud mencerca para ulamak berkenaan.

"Saya tak mahu berkelahi, saya cuma nak tengok bukti menunjukkan saya mencerca para imam dan mencerca sembahyang hajat.

"Cuba keluarkan dari mana ayat yang pernah saya tulis atau saya cakap yang membawa maksud saya mencerca," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di kediamannya di sini, pada Sabtu.

Pada 12 Okt lepas, PGSM telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya menarik pelantikan Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) kerana pelbagai dakwaan, termasuk mencerca ulama.

"Saya tahu PGSM tak puas hati dengan saya kerana saya suka mengkritik mereka. Mereka boleh mengkritik saya semula tapi bukan dengan buat cerita bohong ini.

"Saya tak cerca ulamak, saya cuma kritik mereka, cerca dan kritik adalah dua perkara yang berbeza," kata Asri.

Menurutnya, adalah mustahil untuk beliau mencerca Imam Nawawi sedangkan selama ini ajaran yang dipegang dan disebarkan di Lembah Kelang datang daripada kitab Imam Nawawi.

Katanya beliau tidak peduli dengan makluman bahawa PGSM menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah pelantikan beliau kerana sehingga kini beliau sendiri belum memberi sebarang jawapan terhadap tawaran pelantikan berkenaan.

Mengakui hanya membaca dakwaan berkenaan melalui blog PGSM pagi tadi, Asri berkata, beliau sangat kecewa dengan tuduhan itu kerana menyifatkan isi kandungan memorandum itu adalah pembohongan.

Memorandum PGSM antara lain mendakwa Asri sebagai tidak mengiktiraf kebanyakan ulama dan umat Islam lain yang di luar daripada lingkungan pengikutnya.

Beliau juga didakwa tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah wal-jamaah daripada mazhab fiqh seperti Mazhab Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Mengenai tawaran untuk memegang jawatan Yang Dipertua Yadim, Asri berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu secara lisan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom ketika dijemput memberi tazkirah pada Ramadan lepas.

Asri berkata, ketika dalam program kursus Umno di Janda Baik, Pahang sekali lagi dimaklumkan mengenai perkara yang sama tetapi tidak memberi jawapan kerana perlu menyelesaikan tugas-tugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, selepas berlaku perkara seperti ini, beliau tidak berminat untuk menyertai Yadim walaupun pada mulanya menganggap ia boleh menjadi satu platfom yang baik untuk menyebarkan dakwah. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T