Skip to main content

Wakil rakyat BN, PR 'bermesra' di mahkamah

SHAH ALAM: Mereka mungkin sering bertikam lidah di Dewan Rakyat tetapi hari ini beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dilihat bermesra ketika hadir memberi sokongan kepada rakan masing-masing yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini.

Mereka yang dilihat hadir ialah Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara), Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin)Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai).

Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng Sang, dan Ahli Exco Selangor, Ronnie Liu, kedua-dua daripada DAP.

Mereka yang dihadapkan ke mahkamah sama ada bagi pertuduhan rasuah atau menipu termasuk pembantu khas Liu, Wong Chuan How, serta Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, dan bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun, daripada BN.

Mohd Yahya Mat Sahri, bBekas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pula didakwa atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu.

Sepanjang prosiding mahkamah berjalan, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan suasana terkawal.

Wartawan, kakitangan mahkamah, peguambela dan tertuduh serta penyokong masing-masing yang menunggu sejak jam 8 pagi resah apabila prosiding yang sepatutnya bermula pada 9 pagi tidak berjalan sehingga hampir tengah hari.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, berkata beliau terpaksa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk proses dokumentasi pendaftaran kes yang dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Prosiding mahkamah juga dijalankan di dua mahkamah berasingan sehingga mengelirukan wartawan dan menyebabkan hakim terpaksa menunggu sehingga peguam tertuduh yang sepatutnya hadir di mahkamah itu selesai prosiding di mahkamah lain. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...