Skip to main content

Sivarasa dicabar letak jawatan oleh Zulkifli Nordin

Rapat sungguh depa tiga orang ni...sandwich ka?

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Satu lagi kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Naib Presiden parti itu, R. Sivarasa dicabar supaya meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam.

Malah, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membuat cabaran tersebut juga sanggup meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada akar umbi PKR untuk menentukan sama ada beliau atau Sivarasa yang lebih relevan dalam parti.

Cabaran itu ekoran kenyataan Sivarasa dalam akhbar The Star yang dipetik sebagai berkata: "Amaran Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli PKR supaya keluar parti dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang seperti Zulkifli, akibat tindak tanduknya yang tidak selaras dengan dasar parti."

Menurut Zulkifli, tindakan meletakkan jawatan adalah penting bagi membolehkan kedua-duanya membuktikan bahawa mereka masih relevan kepada parti atau sebaliknya.

"Mari kita berikan hak demokrasi kepada ahli akar umbi untuk membuat keputusan sama ada mempertahan dan memperjuangkan Islam serta hak Muslim menjadi dasar PKR atau tidak.

"Jika saya tewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR.

''Ini kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, kenyataan Sivarasa kononnya amaran Anwar ditujukan kepada beliau adalah tanggapan peribadi Naib Presiden PKR itu kerana Ketua Pembangkang tidak pernah menamakan sesiapa pun.

"Tiada pada bila-bila masa, Anwar menyebut ia ditujukan kepada saya. Malahan Anwar menegaskan bahawa sangat penting untuk pakatan menjuarai hak dan keistimewaan Muslim dan orang Melayu tanpa melupakan hak penganut Kristian, Hindu, Buddha, Cina dan India.

"Anwar hanya menyentuh satu isu, itu pun secara umum iaitu mana-mana ahli Parlimen hendaklah memaklumkan kepada Ketua Whip (Mohamed Azmin Ali) dan beliau sendiri jika hendak memfailkan cadangan pindaan rang undang-undang persendirian dan usul ke Parlimen. Anwar tidak menyebut saya melanggar apa-apa polisi parti," katanya.

Tambah Zulkifli, mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dipengerusikan oleh Anwar semalam, tidak membincangkan secara khusus mengenai amaran terhadap beliau sebaliknya bagi mencari strategi baru untuk melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah maksud 'mematuhi polisi parti' seperti yang dinyatakan oleh Sivarasa.

"Polisi siapa yang beliau maksudkan? Polisi beliau? Apakah membela dan memperjuangkan hak Islam dan orang Islam bertentangan dengan dasar PKR?

"Apa yang telah saya pertahan dan perjuangkan adalah hak Islam dan Muslim, adakah ia satu dosa bagi PKR? Apakah hak asasi kemanusiaan hanya bermaksud hak orang lain? Islam tiada hak langsung tetapi mesti akur dan patuh kepada hak orang lain?" soalnya.

Menjawab soalan mungkin wujud kumpulan tertentu yang tidak gemar dengan caranya yang lantang mempertahankan Islam, Zulkifli mengakui terdapat segelintir ahli PKR yang sanggup menjadi 'balaci' kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang tidak senang dengan perjuangan Islam.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkerjasama dengan semua ahli PKR tetapi akibat terdapat segelintir pemimpin dalam parti itu yang berjuang atas landasan NGO demi kepentingan peribadi, ia menjadi satu masalah.

"Mereka ada agenda sempit yang diperjuangkan oleh NGO ini. Mereka ini pada saya hanya menjadi balaci kepada NGO sahaja dalam PKR," katanya.

Zulkifli berkata sehingga kini, Sivarasa tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada beliau.

"Kalau dia fikir dia salah "quote" kemudian tampillah ke depan. Saya tak perlu telefon dia dan minta dia jelaskan," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T