Skip to main content

Dr. Hassan Ali: Patut dihukum atau disokong?

SAYA ingin mengucapkan syabas kepada Pas Selangor kerana sentiasa konsisten bersuara dalam isu-isu membabitkan kepentingan umat dan syiar Islam di negara ini.

Terbaru, Ketua Penerangan Pas negeri, Roslan Shahir telah membidas kerajaan Selangor kerana bercadang untuk membenarkan pelanjutan masa operasi pusat-pusat hiburan di negeri itu sehingga pukul 3 pagi atas alasan untuk menggalakkan perkembangan industri pelancongan.

Saya bersetuju isu berkaitan moral dan agama tiada komprominya. Apakah kerajaan Selangor mahu bertanggungjawab jika tahap moral dan agama para belia khususnya belia Islam kian merosot?

Apakah kerajaan negeri terus ingin membutakan mata dan memekakkan telinga dengan bertambahnya gejala keruntuhan moral kaum remaja di negeri itu?

Tidak cukupkah dengan berleluasanya maksiat, pergaulan dan seks bebas, isu mat rempit, penyalahgunaan dadah dan segala yang berkaitan dengannya sehingga kini?

Pas perlu terus menegur mana-mana pihak termasuk kerajaan BN dan kini kerajaan sekutu Pas demi kepentingan rakyat.

Pada saya, Pas Selangor sebenarnya adalah wira perjuangan membela nasib dan maruah umat Melayu dan Islam dan bukannya petualang seperti mana tanggapan pihak lain termasuk segelintir pemimpin di kalangan Pas dan sekutunya sendiri.

Seharusnya kita ucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Hassan Ali kerana berani dan tegas menjalankan tugas sebagai Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Beliau sanggup dicemuh dan ditentang rakan sendiri dalam sekutunya hanya semata-mata untuk menegakkan syiar Islam yang sewajarnya didaulatkan sepanjang masa.

Saya ingin menyeru semua ahli masyarakat yang cintakan Islam dan perpaduan Melayu agar terus menyokong usaha murni Pas Selangor dan semua pihak lain yang berjuang demi maruah dan kepentingan umat Melayu Islam di Selangor khasnya dan Malaysia amnya pada setiap masa.

Adalah amat malang jika tindakan disiplin dikenakan juga ke atas pemimpin seperti Dr. Hassan Ali dan rakan-rakannya hanya kerana ingin mendokong ‘amar makruh, nahi mungkar’ seperti membantah penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor serta menjalankan inisiatif menyatupadukan umat Melayu Islam di antara Pas dan UMNO selama ini.

Saya menutup penulisan ini dengan satu soalan: Apakah wajar pemimpin sebegini kita hukum dan sisihkan atau sebaliknya kita sanjung dan sokong kerana perjuangannya itu?

Pemimpin dan ahli Pas seharusnya menjawabnya dengan penuh insaf dan kesedaran, bukannya berlandaskan emosi dan cemuhan.

Klang" - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...