Oleh Zulkiflee Bakar KALAULAH rumusan mahu dibuat mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam, tiada apa-apa yang menarik selain pakatan tersebut menggambarkan seolah-olah merekalah manusia pilihan dan paling layak memimpin Malaysia. Bagi mereka, hanya pakatan mereka sahaja pilihan terbaik untuk memulihkan negara ini kononnya daripada segala kepincangan sama ada politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Lihat sahaja isi kandungan ucapan tiga pemimpin utama pakatan itu bermula daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketiga-tiga mereka memaparkan senario seolah-olah kalaulah pembangkang tidak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, maka musnahlah Malaysia. Tafsiran yang dibuat ialah sepanjang 52 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, segala-galanya buruk belaka. Oleh itu mahu tidak mahu PRU13 perlu dijadikan medan pertempu...