KUALA LUMPUR: “Jika mahu keadilan, baliklah ke Malaysia. Buat apa nak bercerita di negara orang,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Kata-kata itu ditujukan kepada Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam dan penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK) yang kini dilaporkan berada di negara asing.
Musa berkata, kedua-dua individu itu perlu berani pulang ke negara ini dan bersemuka dengan polis, bukannya membuat pelbagai kenyataan mengelirukan menggunakan laman blog.
“Saya minta mereka baliklah. Jika mereka betul, apa nak ditakutkan, datang jumpa polis, buat apa jumpa orang lain.
“Namun pada masa sama mereka juga perlu ingat jika berbohong mereka akan dikenakan tindakan kerana negara ini ada undang-undang,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, malam tadi.
Baru-baru ini, Balasubramaniam melalui satu rakaman video membuat lapan pendedahan. - Berita Harian
mcmana nak balik?kang balik polis bantai sampai mati kew mcm kes kugan tu..hahahaha...polis malaysia sape nak percaya....ketua polis negara pun mcm sampah
ReplyDelete