Skip to main content

Peristiwa 13 Mei harus jadi pengajaran

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Rakyat negara ini perlu didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 supaya ia dapat dijadikan iktibar dalam memulihara perpaduan kaum.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia bukannya bertujuan untuk menaikkan semangat perkauman tetapi bagi mengelak peristiwa yang sama berulang.

Beliau menegaskan, bagi Perkasa, mana-mana kaum termasuk Melayu, Cina atau India yang mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah golongan antinasional.

"Mengapa sekarang timbul isu ketuanan Melayu? Masing-masing sudah pandai bercakap, walaupun pembangkang, mereka tetap rakyat Malaysia.

"Ini perbuatan yang kurang ajar dan tidak menghormati Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak negara merdeka pada 1957," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang disokong oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana disifatkan tidak adil untuk kaum lain.

Dalam pada itu, Ameir berkata, sebagai balasan kepada orang Melayu dan pribumi yang memberikan kerakyatan begitu mudah kepada orang Cina dan India, Artikel 153 memperuntukkan hak pusaka yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Sikap mempertikaikan peruntukan perlembagaan adalah satu tindakan yang biadab dan tidak memahami undang-undang," katanya.

Beliau juga terus mempersoal pihak yang mempersoal ketuanan Melayu.

"Apa yang kurang kepada orang-orang Cina dan India selama ini? Kalau masih rasa kekurangan, jangan salahkan orang Melayu.

"Lagi banyak soal ini disentuh, lagi banyak ia menusuk keresahan di kalangan orang-orang Melayu," katanya.

Sementara itu, Ameir yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis berkata, adalah amat susah untuk mentadbir tiga kaum sekiranya masing-masing hendak menunjukkan kehebatan sendiri.

"Oleh itu, hanya satu kaum sahaja yang seharusnya menjadi induk kepada ikatan tiga kaum dalam masyarakat majmuk iaitu pribumi Melayu.

"Sekiranya kaum lain turut mahu menunjukkan kehebatan, maka gagasan 1Malaysia tidak akan tercapai," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T