Siapa dengan Arifahmi ni? Saja bertanya sebab tak kenal mana satu Nik Amalina
Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Aruiffahmi Ab Rahman itu difahamkan merujuk kepada musibah yang melanda keluarganya baru-baru ini.
Melalui tulisannya hari ini dalam blognya, Seri Suri yang baru dimulakan kelmarin mencatatkan: "Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?"
Beliau mengulas mengenai tulisannya terdahulu yang dihantar ke dalam satu blog bagi mempertahankan suami dan ayahnya apabila didakwa diserang dengan fitnah.
Ia berkait dengan kemelut yang melanda dalam PMBK sehingga memaksa suaminya yang dilantik oleh Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK melepaskan jawatan.
Kata Nik Amalina , ada yang berpendapat tulisannya itu menyinggung perasaan, mahupun peranan barisan Exco negeri Kelantan.
"Cepatnya mereka melatah sehingga semua Exco ini patut letak jawatan? Alahai.. hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan," katanya.
Menurut beliau, tujuannya memulakan blog bukan semata-mata untuk berpolitik.
"Minat saya sebenarnya lebih kepada institusi kekeluargaan yang banyak melibatkan perasaan cinta, kasih dan sayang.
"Saya bermagnet ke arah itu. Namun apakan daya, saat ini lebih mengheret saya kepada penulisan yang berbau politik.
"Artikel saya yang 'tersohor' itu nampaknya terus diperpanjangkan. Alhamdulillah, dalam masa yang sama orang mula mengenali nama saya, walaupun tidak mengenali saya yang sebenarnya.
"Artikel yang saya niatkan untuk mempamerkan sebuah kebenaran, nampaknya berjaya benar dimanipulasi oleh pihak tertentu. Tidak mengapa, saya serahkan kepada kebijaksanaan mereka dalam membuat helah.
"Tipu helah itu bagaikan seekor ular panjang yang berbelit-belit. Bukan sahaja berbelit-belit, tapi lidahnya pula bercabang-cabang," katanya. - Utusan
Comments
Post a Comment