Skip to main content

Betullah Pas ikut telunjuk DAP & PKR : Pas Kelantan turut larang sertai BTN

KOTA BHARU 9 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan mengikuti langkah Selangor menegah para pegawai dan kakitangannya menyertai sebarang program anjuran Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya, UMNO tidak akan merombak kurikulum yang berunsur perkauman itu walaupun didesak berbuat demikian oleh beberapa pihak.

''Saya setuju kurikulum BTN dirombak. Tetapi kerana UMNO masih berkuasa sekarang ini dan tidak boleh menerima Islam maka ia tidak akan berlaku.

"Tukarlah. Cara yang paling mudah masa pilihan raya umum akan datang jangan undi selain pergerakan Islam dan pakatan pembangkang. Barulah senang pelesit-pelesit UMNO dibuang ke Laut China Selatan," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Ditanya pendirian kerajaan pimpinannya terhadap isu itu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kurikulum kursus BTN perlu dirombak agar dapat diterima oleh semua.

Polemik program BTN mula menjadi panas sejak akhir-akhir ini apabila pakatan pembangkang mendakwa kursus tersebut menjadi penghalang kepada pembentukan satu negara bangsa Malaysia.

Ia disusuli dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan kursus itu daripada disertai oleh kakitangan kerajaan negeri dan pelajar universiti milik negeri itu.

Bagaimanapun kerajaan mempertahankan kursus tersebut kerana ia bertujuan membentuk jati diri dan memberi pengetahuan tentang soal kenegaraan.

Menurut Nik Abdul Aziz, isu perkauman itu telah diketahuinya sejak lama dulu namun baru sekarang mempunyai peluang untuk bercakap mengenai BTN.

Justeru katanya, biarlah kurikulum tersebut diubah mengikut ajaran dan akidah Islam yang sebenar dan sebagai tempat menyebarkan agama berkenaan.

"Isu BTN ini telah lama saya dengar yang menghasut rakyat supaya benci kepada bangsa lain tetapi ketika itu saya tiada ruang untuk tegur," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...