Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, December 5, 2009

Kumpulan SUK buat laporan penulis blog

KOTA BAHARU 5 Dis. — Sekumpulan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog mendedahkan skandal punca pembatalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya, mengerjakan haji ke Makkah atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 49, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini, jam 12.50 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan daripada pengusaha terbabit bagi pemergiannya ke Tanah Suci membabitkan kos RM65,000. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...