Skip to main content

Serang Tak Bertempat, BTN Sengaja Disensasikan!

biro-tatanegara
KUALA LUMPUR, 11 Dis. – Menyingkap kembali rentetan daripada polemik isu Biro Tata Negara (BTN) sesungguhnya ia bukanlah satu perkara baru yang disuarakan oleh pembangkang malahan ia pernah dibangkitkan beberapa kali oleh DAP yang disuarakan oleh Lim Kit Siang pada tahun-tahun terdahulu.

Namun demikian, ketika itu apa yang disuarakan oleh DAP tidak dilayan dan disambut dingin bukan sahaja daripada pemimpin-pemimpin Kerajaan tetapi parti pembangkang yang lain juga kurang memberi perhatian terhadap hal sedemikian.

Lantaran itu, tindakan yang diambil oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri Selangor daripada mengikuti kursus tersebut bukanlah sesuatu yang menghairan apatah lagi mereka bersekongkol dengan DAP.

Sebaliknya, apa yang perlu dinilai adalah kewajaran atas tindakan yang dilakukan sedangkan beliau sendiri mengakui tidak pernah mengikuti kursus terbabit; lantas keputusan dibuat berkuat kuasa serta-merta.

Secara langsung, para pemerhati politik termasuklah beberapa pemimpin kanan BN menyatakan bahawa keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri itu daripada mengikuti kursus BTN semata-mata bertujuan politik.

Turut mengikut langkah yang sama ialah Pulau Pinang dan disusuli oleh Kelantan tadbiran PAS.

Lantas, muncul persoalan kenapa baru sekarang Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mengambil langkah sedemikian sedangkan beliau mentadbir negeri tersebut telah 20 tahun.

Apa yang pasti, tentunya pakatan campuran sengaja mewujudkan satu-satu isu yang mereka membangkitkan iaitu BTN sebagai sasaran lantaran mahu menutup isu dalaman sesama mereka supaya rakyat lupa akan janji-janji pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Berkaitan BTN, perlu difahami bahawa sejak penubuhannya pada tahun 1974, kini telah berkembang menjadi satu institut latihan kenegaraan yang menganjurkan program-program Bina Negaranya dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat yang patriotik, cinta pada negara dan bersatu padu supaya dapat menangani cabaran mendatang.

Berlandaskan objektifnya, mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan; terbukti kenyataan pakatan campuran adalah bercanggah.

Dakwa mereka, kononnya kursus tersebut adalah sebagai proses doktrinisi BN hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

Malah, tuduhan lebih dangkal lagi dibuat oleh Menteri Besar Kelantan kononnya modul dan kurikulumnya tidak mengikut acuan Islam.

Sesungguhnya pertimbangan dalam menilai tuduhan sedemikian tanpa melihat kepada idealogi dan fahaman politik amat penting – benarkah tuduhan tersebut sedangkan sejak BTN dilaksanakan, parti-parti kompenan BN dan kerajaan sendiri sentiasa menyemai perpaduan keseluruhan rakyat atas kesinambungan kesejahteraan dan keharmonian berpanjangan khususnya dalam mendaulatkan kemerdekaan negara.

Lantaran itu jugalah Gagasan 1 Malaysia dilancarkan! - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...