BANGKOK 8 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membatalkan lawatannya ke Narathiwat esok walaupun berlaku serangan bom dan kematian tiga orang di wilayah selatan Thailand itu semalam.
“Insya-Allah. Saya tidak fikir Kerajaan Thailand akan benarkan (jika tidak selamat). Sebagai negara hos, mereka tentunya akan pastikan keselamatan pemimpin negara mereka.
“Kalau mereka rasa tidak selamat, mereka tentu tidak akan benarkan lawatan itu,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada beliau akan meneruskan lawatan ke Narathiwat esok ekoran berlaku insiden keganasan di wilayah bergolak itu.
Sebelum ini, terdapat ura-ura Najib dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva akan membatalkan lawatan ke Narathiwat jika keadaan keselamatan di wilayah itu tidak terjamin.
Pada pukul 6 petang semalam, sebutir bom meletup di pasar pekan Narathiwat menyebabkan seorang lelaki dan isterinya terbunuh manakala dalam satu kejadian di sebuah kampung, 70 kilometer dari pekan Narathiwat, seorang penuntut sekolah agama mati ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Lokasi letupan bom itu terletak 1.5 kilometer dari hotel yang menjadi tempat penginapan pegawai Malaysia dan Thailand yang membuat persiapan bagi lawatan kedua-dua perdana menteri itu.
Seorang pegawai Malaysia ketika ditemui juga tidak menerima apa-apa maklumat tentang perkara itu dan segala persiapan dilakukan mengikut apa yang diarahkan, malah, katanya, sudah ramai delegasi Malaysia kini berada di Narathiwat.
Najib dijadual berlepas ke wilayah itu awal pagi esok dengan pesawat khas dan akan melawat beberapa kawasan termasuk sekolah agama dan projek ekonomi sehingga ke petang sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - Utusan

Comments
Post a Comment