Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, December 16, 2009

Nik Aziz tidak konsisten?


APAKAH pendirian sebenar Datuk Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran banyak pihak apabila secara tiba-tiba pada Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan itu memuji keberanian Perdana Menteri melawat wilayah yang bergolak di selatan Thailand pada 9 Disember lalu.

Dalam kenyataan yang dibuat selepas merasmikan "Seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan," di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, Nik Abdul Aziz menyifatkan Najib sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

Malah Mursyidul Am Pas itu juga berkata, tindakan Perdana Menteri ke selatan Thailand minggu lalu dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan.

Mungkin dari satu segi kita boleh sahaja menerima pujian yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada Najib kerana sememangnya lawatan Perdana Menteri ke Narathiwat bukan sahaja satu sejarah malah satu keberanian luar biasa.

Ini kerana dua hari sebelum ketibaan beliau, puak pemisah melancarkan serangan bom di bandar berkenaan menyebabkan dua orang terbunuh dan lapan cedera.

Tetapi kita tidak harus lupa bahawa di sebalik pujian berkenaan, kita juga berhak untuk bertanya apakah sebenarnya pendirian Nik Abdul Aziz terhadap Najib? Kita tidak harus lupa bahawa sebelum ini beliau sudah tiga kali mengetuai bacaan doa agar Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri.

Kali pertama 18 September lalu, kali kedua pada 2 Oktober dan kali ketiga pada 27 November lalu.
Ketika itu Nik Abdul Aziz tidak melihat Najib sebagai pemimpin Islam yang berani, sebaliknya mendakwa bertindak zalim kepada Kelantan berhubung royalti minyak. Selain itu Nik Abdul Aziz dilihat begitu ghairah mengkritik Kerajaan Pusat dan kepimpinan Perdana Menteri dalam banyak isu. Tetapi dalam tempoh dua minggu ini, tiba-tiba pendirian Nik Abdul Aziz berubah dan memuji Najib.

Semua keadaan itu sudah menampakkan dengan jelas bahawa Nik Abdul Aziz semakin tidak konsisten dalam menyatakan pendiriannya. Ini jelas apabila ia menyentuh soal kepentingan politik dalam negeri, Nik Abdul Aziz dilihat akan cuba mencari sebanyak mungkin kelemahan kepimpinan kerajaan dan UMNO, tetapi boleh bertukar fikiran menyokong apabila melihat suatu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan mendapat perhatian rakyat.

Nik Abdul Aziz amat memahami bahawa lawatan Najib telah mendapat pujian banyak pihak. Malah penulis yang membuat liputan lawatan berkenaan mendapati, ulama dan umat Islam di wilayah selatan Thailand mengagumi keprihatinan Perdana Menteri kita yang dianggap sanggup mengambil risiko dengan menjejak kaki ke wilayah berkenaan.

Mengulas sikap terbaru Nik Abdul Aziz terhadap Perdana Menteri itu, Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, nyatalah seperti mana yang sering diperkatakan sebelum ini, Nik Abdul Aziz sekali lagi membuktikan betapa beliau seorang yang tidak konsisten dalam sikapnya terhadap sesuatu perkara.

Katanya, setelah menyedari bahawa isu doa balanya mendapat reaksi berupa kecaman dan kritikan pedas, maka beliau terpaksa mencari jalan meredakan keadaan dengan mewujudkan isu baru yang beliau mahu menumpang pujian hasil usaha orang lain.

"Beliau sedar kali ini kalau beliau terus kecam Perdana Menteri di saat Najib diberi sambutan hebat di Narathiwat, beliau mungkin menempa padah," katanya ketika dihubungi.

Apa yang menarik, Mohamed Mustafa bertanya, adakah dengan memuji Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz mampu mengalih perhatian pelbagai isu politik di Kelantan yang masih gagal ditanganinya?

Mungkin pelbagai tafsiran boleh dibuat berhubung pujian Nik Abdul Aziz kepada Najib tetapi apa yang pasti sikap Mursyidul Am Pas itu sejak kebelakangan ini termasuklah doa balanya telah menimbulkan perasaan gelisah di kalangan penyokong parti itu.

Mereka tidak faham apa sebenarnya agenda politik Nik Abdul Aziz yang kadang kala dilihat membuat kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan hubungan dengan Kerajaan Pusat dan pada lain masa pula memuji sikap Perdana Menteri.

"Sepatutnya beliau lebih konsisten berhubung pendiriannya terhadap Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri. Janganlah minggu lalu berdoa diturunkan bala kepada Najib dan minggu ini pula menganggap Perdana Menteri pemimpin Islam yang berani.

"Kenyataan-kenyataan seumpama itu membingungkan ahli-ahli Pas kerana selama ini mereka melihat Nik Abdul Aziz begitu keras dengan Kerajaan Pusat terutamanya UMNO, sebab itulah beliau menentang habis-habisan kerjasama dengan parti itu," kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika dihubungi.

Tidak kiralah apa pun motif di sebalik pujian Nik Abdul Aziz kepada Perdana Menteri tetapi apa yang pasti ia memberikan isyarat yang jelas kepada penyokong-penyokong Pas bahawa dari semasa ke semasa, pendirian Nik Abdul Aziz semakin mengelirukan.

Oleh itu, mana-mana pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu teruja dengan sikap terbaru Nik Abdul Aziz itu. Sebaliknya, mereka harus menganggap ia adalah satu lagi kenyataan politik Nik Abdul Aziz dalam usaha mengalihkan pandangan terhadap beberapa isu yang kini sedang mengancam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Soal sama ada Najib adalah pemimpin Islam yang berani atau tidak, bukanlah hak Nik Abdul Aziz yang menilai kerana selama ini apa juga yang dilakukan oleh pemimpin UMNO terutamanya Najib, bukanlah mengharapkan pujian. Sebaliknya beliau melakukan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Kesimpulannya, dalam soal kenyataan Nik Abdul Aziz ini juga, mungkin kita boleh memikirkan pandangan seorang lagi pemimpin muda Pas yang menganggap Menteri Besar Kelantan itu dilihat sering menjadi tumpuan dan kontroversi kerana kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

"Bayangkan kalau media tidak melaporkan kenyataan beliau, sudah tentulah Nik Abdul Aziz tidak akan dilihat lebih dominan berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Oleh itu saya tidak hairan dengan pujiannya kepada Najib kerana itulah strategi politik Nik Abdul Aziz selama ini bagi menarik perhatian," katanya. - Utusan

1 comment:

  1. assalamulaikum...

    xslhkan nk komen n mengingti..

    gua stuju btl dgn korng smua...sy xsokong pkr sbb pkr 2 asal umno gk.

    bab politik plak, gua xkata ummno 2 slh. dlm umno ad y baik, dlm pas ad gk y buruk. kita sama2 lh baiki smu 2.

    tp gua ad reason tersndiri knpe gua kt pas. y 2 korg cr sendiri knpe. org kata nk tau kne blajar, pe la dengar2 ceramah agama.
    cthny mengapa sy tolk umno..
    dlm Al-Quran ad empat perkara y ditekan kn, puasa, wahsiat, hukum hudud, pergaulan. knpe krjaan tolng hukum hudud xtau la, sedangkan hukum hudud 2 prlu dilaksanakn, pelaksanaany sm cm kita wajib puasa. klu kita kata hudud xblh dprktik skrng mka ibarat cm kita kata puasa 2 pn xsesuai. lbh kung cm 2 la. dlm sjarah nabi, setlh jd perdana menteri madinah, pertama skali pelembgaan islm, nabi nk buat undng2 sndiri tp ALLAH xbenarkan sbb DIA tau nabi akan letk seringan2 hukuman sbb dia syg pd umat ny, tp ALLAH titahkn dlm al-Quran supaya laksaknlh hukum hudud iaitu hukum kisaq. 2 antr sbb para ulamat perjuangkn hukum 2. why ke dua, klu org membunuh hukum dia bunuh, dlm udng2 mlysia tali gantung tp hudud pancung dgn pedang. scr waras kita fkir sm je tp sbnrny kita clp. ALLAH arh pancung mereka y membunuh tp kita p gantung, cian kt mereka sbb ble kt padng masyar septutnya dosa dh kurng sbb kne gantung tp ALLAH xterima dgn hukuman 2 sbb xikut ckp DIA. so sia2 je org 2 mati d dunia kne gantung tp dosa xterhapus. so klu kita umat islam, kita akn selamtkn sesama umat kita.

    cuma gua nk bg tau la, jgn sesekali kita benci ahli agama mau pn ulamak. xkesh la sokong sape2 pn. sbb nabi dh ckp y menymbung ape y beliau bt bkn keturunan tp para ulamak. katakan pas n umno duk gaduh, tb2 kiamat, kat seblh mane anda nk duk, sblh dketuai ulamak or bangsawan?? klu sy lbh ykin ulamak la. y kedua npe kita xblh bnci para ugama ni, katakan kita mati, sape y mandikan kita? y tanam kita? xln xbkn org ugama la y urus kita. xkn kita nk suruh bangsawan uruskn kita manyat kitakn.

    sy ok dibwh pentadbirn spe2 pn aslong dia utamakan agama.
    so, xprlu gaduh kot.. kita sokong y mane wajib bkn sokong y mane kita nk k. wassalam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...