Skip to main content

Ketuanan Melayu boleh hilang




Ibrahim Ali bersalaman dengan hadirin pada majlis pelancaran Perkasa Perlis di Kangar, semalam,





KANGAR 20 Dis. - Hak ketuanan Melayu akan hilang di Malaysia jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas terus diperalatkan DAP untuk menumbangkan UMNO menerusi sistem pilihan raya umum.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tanda-tanda ke arah itu semakin ketara ditunjukkan terutama di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini golongan bukan Melayu terutama Cina dan India semakin berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan bumiputera di Malaysia.
"Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli politik itu kian berani bertindak kerana puak-puak ini bersekongkol dengan PKR dan Pas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Perkasa Perlis yang dihadiri kira-kira 500 orang di Hotel Putra Palace di sini malam tadi.

Ibrahim memberitahu, salah satu sebab bukan Melayu kian berani mempertikaikan hak ketuanan di negara ini ialah kerana mereka bersekongkol dan mendapat sokongan daripada PKR dan Pas.

Contohnya, kata beliau, apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri terus diperalatkan bukan Melayu terutama DAP.

"Anwar sahabat saya. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri dan menggunakan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita itu. Anwar menjanjikan pelbagai ganjaran mengikut kemahuan orang Cina dan India yang menyokongnya.

"Orang Melayu di Malaysia perlu sedar, bahawa kedudukan mereka di tanah air sendiri kini umpama telur di hujung tanduk," tegasnya.

Selain itu, Ibrahim menyatakan bahawa UMNO kini sedang berlumba- lumba dengan Pas untuk mendapatkan sokongan bagi meraih undi Cina melalui pilihan raya.

"Perkasa mendapati bukan sahaja Pas cenderung meraih undi Cina, UMNO pun sama. Dalam hal ini, Perkasa mengingatkan semua parti jangan sesekali menggadai maruah dan hak ketuanan Melayu hanya kerana kepentingan parti," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli Perkasa agar sentiasa berani bertindak demi hak pribumi di Malaysia. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T