Skip to main content

Komitmen bantu selatan Thai, Saudara Seagama

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

PENDUDUK Islam di wilayah Narathiwat, Thailand menderma wang kepada kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Korban 27 November lalu. - AFP


APABILA pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Abhisist Vejjajiva mendarat di Lapangan terbang Narathiwat esok, terciptalah satu sejarah yang cukup signifikan.

Ia kerana lawatan itu akan memaparkan komitmen jitu Malaysia bagi membantu negara jiran tersebut menyelesaikan konflik di selatan Thailand.

Narathiwat merupakan antara tiga wilayah yang kini sedang dilanda konflik. Dua lagi wilayah ialah Pattani dan Yala. Ketiga-tiga wilayah itu dihuni oleh penduduk Islam.

Oleh itu, lawatan Najib dilihat cukup penting bagi menggambarkan betapa seriusnya komitmen Malaysia dalam usaha memastikan cahaya keamanan kembali bersinar di bumi selatan Thailand.

Melalui lawatan bersejarah tersebut, Najib sudah pasti akan mendapat gambaran sebenar mengenai konflik yang berlaku dan apakah bantuan yang boleh diberikan oleh Malaysia dalam soal berkenaan.

Namun hakikatnya, penglibatan Malaysia dalam membantu usaha membawa keamanan di selatan Thailand bukanlah hanya baru bermula melalui lawatan Najib itu. Sebaliknya sejak beberapa tahun lalu Malaysia sememangnya komited dalam usaha berkenaan. Antaranya kesediaan Malaysia menandatangani perjanjian 3Es (Education, Employment and Entrepreneurship).

Keseriusan Malaysia semakin jelas apabila pada Januari 2007, kerajaan mewujudkan Task Force 2010 yang bekerjasama erat dengan Task Force 960 (Thailand).

Pelbagai langkah dilaksanakan oleh kedua-dua agensi berkenaan bagi membantu masyarakat selatan Thailand termasuklah usaha membina keyakinan dan mewujudkan program bina insan kepada belia dari wilayah tersebut.

Berikutan itu, lawatan Najib akan dilihat mampu memperkukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada dalam membantu usaha memastikan selatan Thailand tidak terus bergolak, apatah lagi terperangkap dengan keadaan masa depan yang merugikan.

Ketika penulis menghubungi beberapa pemimpin masyarakat di wilayah itu, mereka melahirkan rasa bangga dengan lawatan Najib yang disifatkan oleh mereka membuktikan keprihatinan seorang pemimpin Islam.

Bagi mereka, sebagai seorang pemimpin sebuah negara Islam yang sering menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain, Najib sudah tentulah mampu memberikan pandangan dan cadangan yang bernas. Ia termasuk bagaimana untuk mengembalikan keamanan di selatan Thailand serta bagaimana Malaysia boleh membantu merealisasikan impian berkenaan.

Mengulas mengenai lawatan ini, Ketua Pengarah Task Force 2010, Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar berkata, lawatan Perdana Menteri itu memperlihatkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam membantu Thailand menyelesaikan kemelut di selatan.

Sambil melahirkan rasa bangga dan bersyukur kerana Najib dan Abhisit melakukan lawatan secara bersama ketika Task Force kedua-dua negara masih beroperasi, Wan Abu Bakar berkata, beliau percaya apa juga usaha Perdana Menteri sentiasa mengambil kira bahawa segala perkembangan di wilayah berkenaan adalah masalah domestik Thailand.

"Saya juga percaya melalui hubungan akrab serta adanya persefahaman antara agensi-agensi kerajaan kedua-dua negara, permasalahan sempadan yang timbul akan lebih mudah diselesaikan. Buktinya pada April lalu, kerjasama antara kedua-dua Task Force telah mampu menyelesaikan isu kumpulan 131 penduduk Islam Pattani lari ke negara ini,'' katanya.

Namun apa yang lebih penting daripada itu kata Wan Abu Bakar, masyarakat selatan Thailand harus mengambil kesempatan daripada lawatan kedua-dua Perdana Menteri ini sebagai landasan untuk bersama-sama berusaha membawa keamanan di wilayah mereka.

"Pada saya, adanya keamanan dalam kadar segera akan memudahkan keselesaan perhubungan wujud semula di antara kedua-dua kelompok masyarakat di selatan Thailand dan di utara Semenanjung," katanya.

Sememangnya kenyataan ini adalah tepat sekali kerana Najib dan Abhisit hanya mampu menunjukkan komitmen dan merancang agenda bagi memulihkan wilayah itu. Tetapi sama ada akan berjaya atau tidak, ia bergantung sepenuhnya kepada masyarakat di selatan Thailand untuk menentukannya.

Dalam soal ini, mereka perlulah ikhlas dan melihat bahawa terdapat kesungguhan bukan sahaja oleh kerajaan Thailand tetapi juga Malaysia bagi membawa keamanan wujud segera di ketiga-tiga wilayah itu.

Mengulas perkara ini, Wan Abu Bakar berkata: "Sepanjang penugasan Task Force 2010, saya sendiri dapat mengenali dengan jelas keadaan di selatan Thailand.

"Daripada situ, saya yakin usaha-usaha untuk membawa keamanan ke wilayah tersebut akan memperolehi kejayaan dengan syarat semua pihak perlulah ikhlas dan memahami antara satu sama lain."

Apa pun keadaannya, yang pasti kehadiran Najib sudah menjadi bukti bahawa Malaysia tidak mahu sekadar menjadi pemerhati kepada pergolakan di sana. Sebaliknya, melalui hubungan akrab yang ada, beliau mahu turut berusaha memberikan sumbangan tanpa melanggar prinsip-prinsip bahawa ia masalah dalaman Thailand.

Oleh itu, masyarakat Islam di wilayah tersebut tidak harus melihat lawatan Najib hanya sekadar satu sejarah sahaja. Mereka perlu berusaha untuk memberikan kerjasama dan komitmen kerana tujuan lawatan beliau ialah bersama-sama membawa keamanan di sana.

Ini ditegaskan oleh beliau ketika bercakap kepada pemberita di Seremban pada Sabtu lalu apabila diminta mengulas mengenai lawatannya.

Antara lain Najib berkata, ia merupakan jemputan Abhisit dan cadangan beliau agar memberi ruang kepada Najib untuk peluang bertemu dengan pemimpin Islam di kawasan tersebut.

"Dengan ini, saya boleh memberi sedikit nasihat kepada mereka bahawa pentingnya semua pihak menjalinkan kerjasama sebagai satu barisan untuk mencapai penyelesaian yang boleh menentukan masa depan lebih terjamin."

Itulah harapan Malaysia kerana adalah sangat mustahak jika konflik di selatan Thailand mampu diselesaikan dengan segera kerana jika berlanjutan ia bukan sahaja akan merugikan masyarakat Islam di wilayah itu tetapi tempiasnya akan turut dirasai oleh negara ini.

Semoga semua pihak memahami kehadiran Najib di selatan Thailand sudah memberikan isyarat yang jelas bahawa tiada insan yang mahu hidup di dalam konflik buat selama-lamanya.

Apabila ada ruang mencipta keamanan apatah lagi dengan komitmen serta keikhlasan pemimpin Islam negara lain seperti mana ditunjukkan oleh Najib, maka amat wajar untuk seluruh masyarakat di wilayah itu menyokong dan menyambutnya dengan penuh kesyukuran. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T