Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, December 10, 2009

PKFZ: Bekas Pengurus Besar LPK akan didakwa




KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi ditahan berhubung skandal membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Laporan NST pagi ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa hari ini di Klang.

Skandal PKFZ: Ketua Eksekutif, arkitek Kuala Dimensi antara ditahan

KUALA LUMPUR: Selain bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe.

Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan dituduh di mahkamah Klang, tengah hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...