Skip to main content

Nallakarupan Dapat Perintah Penangguhan Dari Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA, Nov 30 (Bernama) -- Presiden Parti India Bersatu Malaysia(MIUP) Datuk S. Nallakarupan belum lagi perlu memberi butiran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya bahawa ketua pembangkang itu telah menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

Dia mendapat perintah penangguhan pelaksanaan keputusan dari Mahkamah Rayuan di sini hari ini sementara menunggu penyelesaian rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 16 Nov lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaannya itu yang dipohon oleh Anwar dalam saman fitnah yang difailkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadapnya.

Keputusan majoriti 2-1 oleh Mahkamah Rayuan disampaikan oleh Hakim Tengku Datuk Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Wira Abu Samah Nordin dengan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof sebelum ini mengarahkan Nallakaruppan membekalkan butiran iaitu siapa memberi wang, bila dan di mana wang itu diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikhh 16 Nov lalu selepas menolak rayuan Nallakarupan dan permohonan lisan bagi perintah penangguhan.

Beliau mengekalkan perintah Penolong Kanan Pendaftar supaya Nallakarupan membekalkan butiran itu.

Nallakarupan disaman oleh Anwar terhadap artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta' yang diterbitkan dalam akhbar harian Mingguan Malaysia dan Sinar Harian pada Ogos tahun lepas.


Anwar mendakwa Nallakarupan telah membuat tuduhan palsu terhadapnya dengan mendakwa dia telah menerima wang sejumlah itu dalam artikel tersebut tetapi Nallakarupan, dalam penyataan pembelaan, mendakwa Anwar sebenarnya menerima wang itu daripadanya dan juga daripada Magnum Corporation Bhd.

Hari Isnin, peguam Nallakarupan, Datuk Cecil Abraham, menggesa mahkamah memberikan perintah penangguhan itu kerana rayuan anak guamnya itu tidak akan bermakna jika butiran itu diberikan sebelum rayuan didengar.

Katanya butiran yang dipohon oleh Anwar berkaitan kepada keterangan yang bakal digunakan dalam perbicaraan kes.

Peguam Anwar, Karpal Singh, bagaimanapun, berhujah Penolong Kanan Pendaftar menggunakan budi bicara yang betul dalam memutuskan perintah itu kerana butiran yang dipohon oleh Anwar bukan keterangan tetapi fakta yang berhak untuk dipohon oleh anak guamnya itu.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan Khamis ini untuk mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan pemecatan dari jawatan Kabinet pada 1998.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong menangguhkan perkara itu berikutan permintaan Karpal Singh bagi Hashim berundur dari mendengar kes itu kerana dia pernah mengendalikan kes liwat pertama Anwar di Mahkamah Rayuan pada 2003.

Hashim, yang bersetuju berundur, akan digantikan dengan hakim lain.

Pada awalnya, beliau memohon supaya dikekalkan semula tetapi bersetuju untuk tidak menuntut supaya dikekalkan semula kerana perkara itu hanya menjadi akademik semata-mata.

Anwar merujuk perkara itu ke mahkamah tertinggi selepas gagal di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 Sept, 1998 oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sah.

Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang dalam kes itu termasuk sama ada pemecatan Anwar itu tidak berperlembagaan. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T