Skip to main content

Pemuda Pas tidak bijak - Abdul Ariffahmi

KOTA BHARU 20 Dis. - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau segera melepaskan jawatan.

Menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu membayangkan demikian ekoran gesaan terbaru, kali ini oleh Dewan Pemuda Pas negeri dengan harapan isu yang terus berlegar tidak menjejaskan parti dan kerajaan.

Beliau menyifatkan kenyataan pimpinan Dewan Pemuda Pas negeri itu menggunakan media sebagai suatu yang tidak bijak dan tidak selari arahan pucuk pimpinan parti sendiri.

Dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini beliau berpendapat, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana semuanya telah dinyatakan dan hampir selesai.

"Isu ini telah reda dan kenyataan ini (yang dibuat Dewan Pemuda Pas negeri) pastinya memberi ruang kepada pihak musuh mengambil kesempatan," katanya yang juga sebagai Exco Dewan Pemuda Pas negeri.

Abdul Ariffahmi mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini berhubung Dewan Pemuda Pas negeri akan bermesyuarat esok bagi membincangkan cadangan mendesak beliau meletakkan jawatan lebih awal.

Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kadir dilaporkan berkata, perbincangan isu itu mungkin dilakukan lebih mendalam termasuk memutuskan desakan secara undian oleh seluruh ahli jawatankuasa.

Menurut Rosli, apa yang dilakukan adalah bersandarkan konsep parti menguasai kerajaan dan bukannya kerajaan menguasai parti.

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut menyatakan pendapatnya betapa perlu Abdul Ariffahami melepaskan jawatan segera kerana tempoh terlalu lama menimbulkan pelbagai persepsi buruk namun ia disanggah sinis oleh Nik Abdul Aziz.

Abdul Ariffahmi berada di tengah-tengah kontroversi ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PMBK di samping pelantikan oleh bapa mertuanya dikatakan bertentangan dengan peraturan.

Mengulas lanjut, katanya, jika merujuk kepada konsep parti menguasai kerajaan, maka beliau telah patuh kepada arahan kedua-dua pucuk pimpinan tertinggi parti yang membuat persetujuan bersama atas pelan peletakan jawatannya.

"Saya menggesa pihak Dewan Pemuda Pas negeri juga patuh kepada arahan puncuk pimpinan tertinggi parti selaras dengan konsep parti menguasai kerajaan," ujarnya.

Menurutnya, keputusan yang diambil selaras dengan konsep parti menguasai kerajaan dengan memaparkan kronologi peristiwa sehingga keputusan tarikh peletakan jawatan.

Katanya, pada 23 November lalu, rombongan Pas Pusat yang diketuai Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai isu peletakan jawatannya.

"Mereka bersetuju menyerahkan kepada saya bagi menentukan tarikh sesuai untuk saya melepaskan jawatan itu," ujarnya.

Menurut Abdul Ariffahmi, hasil perbincangannya dengan Menteri Besar, beliau membuat kenyataan media pada 2 Disember bahawa notis peletakan jawatan akan diberi pada 24 Disember dengan notis selama 90 hari.

"Notis ini selaras dengan terma-terma surat pelantikan dan ia memberi peluang kepada PMBK mencari pengganti dan memastikan urusan harian pentadbiran PMBK tidak terjejas," tambahnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T