Skip to main content

Nazri terus ditekan : Pemandu teksi desak Nazri tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di Lembah Klang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menarik balik kenyataannya baru-baru ini yang menyamakan perkhidmatan teksi dengan tandas.

Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia, Azmi Md Yatin, berkata walaupun Mohamed Nazri berkata hanya segelintir sahaja yang bersikap negatif seperti mengenakan kadar tambang tinggi dan enggan menghantar penumpang ke tempat jauh tetapi menyamakan pemandu teksi dengan tandas adalah satu penghinaan.

Dalam laporan sebuah akhbar pada 9 Disember lalu, Nazri berkata kajian ke atas pelancong mendedahkan bahawa perkara pertama yang pelancong tidak suka ialah teksi manakala tandas jatuh di tempat kedua namun Nazri menganggap bahawa perkhidmatan teksi adalah lebih teruk dari tandas.

"Kenyataan Nazri ini sangat melampau dan kami (pemandu teksi) dari Lembah Klang sebulat suara bersetuju agar Nazri memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan imej semua pemandu teksi di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Setiausaha kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Kamarudin Hassan di pejabat Umno Cawangan Jalan Peel di sini hari ini.

Kamarudin mewakili Ketua Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Kamarudin berkata, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...