Mungkin inipun Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am PAS tidak tahu menahu juga. Bekas Setiausaha Menteri Besar Kelantan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan masih belum melangsaikan cukai pendapatannya yang berjumlah hampir satu juta ringgit. Menurut sumber dari dalam Perhubungan PAS Kelantan yang memberitahu Kickdefella, ADUN tersebut telah memohon supaya pembayaran cukai pendapatannya yang tertunggak itu dilangsaikan oleh Perhubungan PAS Kelantan menerusi pemberian konsesi balak atau projek yang boleh ditolak kepada mana-mana pelabur untuk mendapatkan jumlah yang setimpal. Untuk rekod, ADUN berkenaan dikenakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM781,000.00. Persoalannya sekarang, berapakah jumlah wang yang dimiliki oleh ADUN PAS itu sehingga dia boleh dikenakan cukai pendapatan sedemikian tinggi. Dari mana pula sumber wang yang diperolehinya itu? Adakah dia menggunakan hubungannya dengan Nik Aziz, atau kedudukannya dalam parti untuk mempe...