Skip to main content

Rakyat Kelantan perlu sedia hadapi perubahan: TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersarapan pagi bersama pemimpin dan penduduk setempat di Stesen Kereta Sewa, Machang, hari ini. Muhyiddin turut mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan dalam rangka lawatan kerjanya ke negeri itu.

MACHANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat Kelantan perlu bersedia menghadapi perubahan baru dengan menerima Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kebajikan dan pembangunan untuk Kelantan sentiasa terjamin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin daripada parti politik Melayu iaitu Umno beliau cukup sedih dengan tahap pembangunan yang diusahakan kerajaan negeri pimpinan Pas.

Katanya, selama ini kerajaan negeri hanya bergantung harap kepada peruntukan Kerajaan Pusat yang mana dalam tempoh lima tahun sebanyak RM7.5 bilion disalurkan kepada Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10. 

Beliau berkata, rakyat Kelantan sememangnya terkenal dengan sifat kerajinan mereka dan mempunyai potensi untuk maju.

"Tetapi ia tidak mencukupi kerana kurangnya usaha kerajaan negeri. Kelantan ini ramai Melayu. Saya juga Melayu Islam. Kita tidak mahu rakyat Melayu terasing.

"Tanggungjawab kerajaan negeri (melaksanakan pembangunan) tetapi semuanya diserahkan kepada Kerajaan Pusat," katanya semasa merasmikan program Juara Rakyat dan pemberian pertama wang ihsan yang dihadiri 5,000 pengunjung, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Kerajaan Pusat berhasrat untuk membasmi golongan miskin tegar sehingga penghujung tahun ini dengan memberikan bantuan kepada golongan itu.

Namun, katanya, apa yang lebih dikesali, kerajaan negeri dilihat tidak mempunyai inisiatif untuk menjayakan hasrat Kerajaan Pusat dengan membantu 3,500 miskin tegar sebaliknya berharap kepada agensi pusat untuk menguruskan perkara itu.

"Ini komitmen pemimpin BN dan bukannya Pas. Dia tidak boleh abaikan kerana ini tanggungjawab kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin turut mempersoalkan jumlah dana yang telah diperuntukkan kerajaan negeri untuk menjaga soal kebajikan dan pembangunan untuk rakyat sedangkan dalam tempoh sama sudah berbilion ringgit diperuntukkan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa pembangunan kepada negeri adalah perkara yang dituntut oleh agama kerana ianya menjamin kekuatan rakyat itu dari aspek ekonomi yang sekaligus membolehkan rakyat berdikari, menunaikan ibadat dan menjaga keluarga.

Muhyiddin juga kesal tindakan Pas memprbesar-besarkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan sedangkan kebajikan dan pembangunan untuk rakyat negeri itu terabai.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat telah merujuk isu royalti minyak itu dengan pakar undang-undang dalam Perlembagaan dan sememangnya Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti minyak itu kerana kawasan carigali berada lebih daripada tiga batu nautika daripada persisiran pantai Kelantan.

Namun, katanya, Kerajaan Pusat tetap memberikan wang ihsan sebagai ganti kepada bayaran royalti minyak kerana kerajaan mementingkan hal kebajikan rakyat negeri itu.

"Tidak kira apa nama sekalipun, wang ihsan atau royalti, ia adalah pitih (wang) rakyat perlukan bantuan dan kita hendak tolong. Jadi apa yang tok guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) cakap tidak mahu wang ihsan. Semua hendak wang ihsan. Ini soal nasib rakyat miskin, kita mesti tolong," katanya.

Katanya, pasti banyak lagi yang boleh diberikan kepada rakyat Kelantan jika mereka memilih untuk mendokong BN pada pilihan raya akan datang. - Berita Harian 

Comments

  1. Salam bro, setuju dgn saranan TPM.... samapi bila rakyat Kelantan akur dengan janji-janji syurga PAS, sedangkan puak2, juak, kroni, anak beranak, adik beradik mereka sibuk mengumpul kekayaan darai kekayaan bumi Kelantan.....

    Orang2 kampung digula-gulakan dengan janji syurga diakhirat, ceramah2 agama, kononnya kemiskinan itu adalah takdir.....

    ReplyDelete
  2. sudah masanya utk rakyat 'buka mata hati'. jgn mudah termakan gula2 dan manisan yg ditabur oleh pas dan juak2 mrk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...