Skip to main content

Ezam punyai lebih banyak bukti

KUALA LUMPUR 23 April - Lebih banyak bukti baru akan didedahkan tidak lama lagi yang mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, tindakan itu akan dibuat jika Anwar masih mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menjawab segala pendedahannya sebelum ini.

''Baru-baru ini saya telah mendedahkan hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz yang merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam.

''Saya telah berikan tempoh seminggu kepada beliau untuk menjawab dan membuat penafian.
''Sekiranya tiada jawapan saya akan terus mendedahkan bukti-bukti baru supaya rakyat mengetahui bahawa beliau ialah 'boneka Israel' dan pengkhianat negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Kelmarin, Ezam berkata, beliau akan menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen 'dossier' (fail mengandungi maklumat) termasuk surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Ketika membuat pendedahan itu, Ezam berkata, surat tersebut membuktikan Anwar duduk di yayasan itu untuk kepentingan Israel serta Yahudi dan beliau mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjawab perkara berkenaan.

Selain isu berkaitan Wolfowitz, Ezam sebelum ini mendedahkan perbuatan Anwar menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau berkata, sikap Anwar yang sehingga kini hanya mendiamkan diri terhadap pendedahan yang telah dibuatnya mungkin kerana menyangka ia hanya gimik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

''Saya menegaskan di sini bahawa ini bukan gimik pilihan raya dan saya akan teruskan tanggungjawab untuk membuat pendedahan walaupun selepas berakhir hari pengundian Ahad ini," katanya.

Mengulas perkembangan sama, bekas Setiausaha Politik Anwar itu berkata, fail yang mengandungi segala maklumat mengenai hubungan Ketua Pembangkang itu dengan Wolfowitz telah diserahkannya kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam.

''Saya serahkan kepada beliau (Khairy). Terpulanglah kepadanya dan ahli-ahli Parlimen lain untuk menentukan tindakan susulan yang akan diambil terhadap fail bukti yang dimiliki mereka," ujarnya. - Utusan

Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T