Skip to main content

"Saya Keluar PKR Kerana Parti Itu Timbulkan Rasa Cemas Keatas Orang Melayu" - Dr Halili

HULU SELANGOR: Bekas bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat menegaskan, antara sebab utama mengapa beliau meninggalkan parti itu kerana mendapati PKR menimbulkan 'rasa cemas' di kalangan orang Melayu.

Beliau berkata, PKR sudah tersasar daripada perjuangan asalnya dan kini lebih mementingkan kuasa.
"Secara amnya sebab saya meninggalkan PKR kerana saya sudah tidak kenal lagi parti itu.


"Ramai antara mereka hanya sibuk mencari kuasa, gila kuasa sampai terlupa tujuan asalnya (penubuhan)," kata beliau ketika berucap pada ceramah umum Barisan Nasional (BN) di Taman Sri Liam, Ulu Yam Baharu, di sini semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga pengarah pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor; Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon BN P.Kalamanathan.

Kelmarin, Dr Halili, 58, seorang pakar bedah saraf dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengejutkan banyak pihak apabila mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno kerana sudah hilang kepercayaan kepada parti itu.

Beliau sebelum ini disebut-sebut sebagai tokoh yang bakal menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sebelum parti itu akhirnya memilih seorang tokoh kontroversi Datuk Zaid Ibrahim.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut menerima borang permohonan Dr Halili untuk menganggotai Umno.

Tanpa mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa PKR mencemaskan orang Melayu, beliau bagaimanapun mengatakan kenyataannya itu bukanlah bermakna beliau seorang rasis.

"PKR mencemaskan orang Melayu, saya bangga menjadi orang Melayu dan saya bangga menjadi anak Malaysia, saya bukan amalkan perkauman, saya bukan rasis. Macamana saya nak anti perkauman sebab 80 peratus pesakit yang saya rawat adalah orang Cina.

"Walaubagaimanapun saya dapati PKR mencemaskan orang Melayu, Umno juga parti Melayu tapi kita tahu parti itu tidak menafikan hak-hak bangsa lain," katanya sambil disambut oleh tepukan gemuruh penonton yang hadir.

Dr Halili juga berkata beliau tidak akan mendedahkan keburukan parti yang turut sama diasaskannya dahulu kerana mahu maaju kehadapan.

"Ia sama seperti orang bercinta, dan kemudiannya berkahwin. Lama-lama bila kita dah tak suka, kita bercerai dan lepas bercerai tak eloklah kita nak memburuk-burukkan janda kita.

"Kita tak boleh canang (keburukan), barang yang lepas jangan dikenang, saya tak boleh burukan mereka kerana nanti orang kata saya fitnah... apa yang berlaku saya tak akan bangkitkan lagi, saya akan bergerak ke depan dan teruskan perjuangan saya bersama Umno" katanya. - mstar online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T