Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, April 18, 2010

Lebih 200 Anggota PKR Bayan Baru Keluar Parti

PULAU PINANG: Pengerusi tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru, Ismail Mohd Ali bersama lebih 200 anggota cabang itu hari ini mengumumkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Ismail yang menyertai parti itu sejak tahun 1999 berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana terkilan dengan pucuk pimpinan parti yang hanya memperjuangkan kepentingan diri dan bukan nasib rakyat.

"Pemimpin PKR hanya pandai bercakap daripada melaksanakan tanggungjawab untuk membela rakyat khususnya di kawasan pedalaman dan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diabaikan begitu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan sia-sia parti itu selain merasa tertipu dengan agenda perjuangan parti yang kononnya mahu membela nasib rakyat.

Ismail yang memegang jawatan itu sejak lapan tahun lepas berkata mereka akan menyertai parti lain yang lebih serius memperjuangkan hak rakyat terutama golongan miskin di kawasan luar bandar dan orang Melayu.

Beliau mendakwa perjuangan PKR kini hanya untuk menunaikan cita-cita penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya untuk membela nasib rakyat. - mstar online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...