Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, April 18, 2010

Zaid dah tak minum - Fuziah Salleh

KUALA KUBU BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar dan menyifatkan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, berkata Zaid mengatakan beliau sudah berubah setelah menyertai PKR dan mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.

 Agak-agak air apa ni?

"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya ketika ditemui di sini. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...