Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, April 15, 2010

Calon BN Bukan Pilihan Saat Akhir - Muhyiddin

RAWANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan P. Kamalanathan adalah calon pilihan 'saat akhir' bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kanan) bersama calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (tengah) mengangkat tangan melaungkan kata semangat "HIDUP BN!!" selepas majlis pengumuman calon dibuat di Command Center BN di sini hari ini. Kamalanathan akan bertanding melawan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim pada pilihanraya kecil 25 April ini. Turut kelihatan ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar (kanan), Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu (dua, kiri) dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri).

Beliau berkata, nama Kamalanathan juga terdapat dalam senarai awal yang dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi BN.

"Ada dalam senarai, tetapi mungkin tidak begitu menonjol, tapi lepas perbincangan kita dapati dialah calon terbaik," katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di Bukit Sentosa di sini hari ini.

Muhyiddin sebelum itu mengumumkan Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu 25 April ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi BN itu berkata, MIC sememangnya mempunyai ramai tokoh yang layak untuk diletakkan sebagai calon.

"Kita mempunyai ramai tokoh yang memang layak, sebab itu kita mengambil masa sedikit, ini kawasan MIC, presiden MIC dan pimpinan-pimpinan MIC ada beberapa pandangan, tetapi akhirnya kita sepakat kerana yang kita nak tumpukan ialah apa yang rakyat mahukan.

"Dalam tempoh lebih dua minggu ini kita sudah membuat tinjauan di peringkat pengundi di semua kawasan, dapatkan maklumat isi hati mereka.

"Atas dasar itu, kita melihat mereka mahukan satu calon yang baru," katanya. - mstar online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...